Connect with us

Antarabangsa

Langkah Denmark haramkan penodaan al-Quran dialu-alukan Parlimen Arab

Parlimen Arab, badan perundangan Liga Arab, pada Sabtu mengalu-alukan langkah Kerajaan Denmark untuk menjadikan tindakan pencemaran kitab suci agama sebagai kesalahan jenayah di Denmark.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Langkah Denmark haramkan penodaan al-Quran dialu-alukan Parlimen Arab
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Parlimen Arab, badan perundangan Liga Arab, pada Sabtu mengalu-alukan langkah Kerajaan Denmark untuk menjadikan tindakan pencemaran kitab suci agama sebagai kesalahan jenayah di Denmark.
  • Kerajaan Denmark memperkenalkan rang undang-undang itu berikutan tindakan penghinaan awam terhadap al-Quran oleh segelintir aktivis anti-Islam yang mencetuskan demonstrasi bantahan di beberapa negara Islam. 
  • Menteri Kehakiman Denmark, Peter Hummelgaard berkata melalui rang undang-undang baharu yang sedang digubal perbuatan membakar kitab suci agama, termasuk al-Quran, boleh dikenakan denda atau hukuman penjara sehingga dua tahun. 

RIYADH: Parlimen Arab, badan perundangan Liga Arab, pada Sabtu mengalu-alukan langkah Kerajaan Denmark untuk menjadikan tindakan pencemaran kitab suci agama sebagai kesalahan jenayah di Denmark. 

Kerajaan Denmark memperkenalkan rang undang-undang itu berikutan tindakan penghinaan awam terhadap al-Quran oleh segelintir aktivis anti-Islam yang mencetuskan demonstrasi bantahan di beberapa negara Islam. 

Speaker Parlimen Arab, Adel bin Abdul Rahman Al-Asoumi, dalam satu kenyataan di platform X, menyatakan harapannya supaya keputusan itu menyumbang secara positif ke arah mengurangkan insiden pembakaran al-Quran yang terjadi di Denmark sejak kebelakangan ini. 

Al- Asoumi menyeru Sweden dan negara Eropah lain untuk “mengikuti contoh Denmark”. 

Beliau juga menggesa Parlimen Eropah untuk mengaplikasikan undang-undang sama di peringkat kolektif bagi memastikan kesucian dan simbol agama. 

Susulan tindak balas terhadap misi diplomatik Denmark di luar negara, Menteri Kehakiman Denmark, Peter Hummelgaard, minggu lalu mengumumkan kerajaannya akan berusaha untuk melanjutkan larangan sedia ada bagi menghalang pembakaran bendera asing dengan melarang perbuatan tidak wajar terhadap objek mempunyai nilai agama yang signifikan kepada komuniti agama.

“Rang undang-undang itu akan menyebabkan kesalahan itu boleh dihukum. Sebagai contohnya, membakar al-Quran atau kitab Injil di khalayak ramai. Ia hanya akan disasarkan kepada tindakan yang berlaku di tempat awam atau dengan niat untuk menyebarkannya dalam kumpulan yang lebih luas,” kata Hummelgaard dipetik Arab News.

Beliau berkata perbuatan itu boleh dikenakan denda atau hukuman penjara sehingga dua tahun. 

Hummelgaard memberitahu sidang akbar bahawa protes yang berlaku baru-baru ini adalah ejekan tidak masuk akal yang tiada tujuan lain, selain menimbulkan perselisihan dan kebencian. 

Sumber: Arab News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *