Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Kebencian agama melampau, guru arah rakan sekelas tampar pelajar Muslim

Seorang guru wanita di Uttar Pradesh, India, bertindak di luar batas kemanusiaan ke atas seorang pelajar lelaki Muslim berusia tujuh tahun dengan mengarahkan rakan sekelasnya menamparnya hanya kerana dia beragama Islam. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Kebencian agama melampau, guru arah rakan sekelas tampar pelajar Muslim
Foto: Guru wanita di Uttar Pradesh, India, Trapta Tyagi yang memaksa pelajar bukan Islam lain untuk mendera pelajar Islam di kelasnya.

Seorang guru wanita di Uttar Pradesh, India, bertindak di luar batas kemanusiaan ke atas seorang pelajar lelaki Muslim berusia tujuh tahun dengan mengarahkan rakan sekelasnya menamparnya hanya kerana dia beragama Islam. 

Video yang tular di media sosial pada Jumaat lalu menunjukkan guru itu, Trapta Tyagi, mengeluarkan kata-kata “Islamofobik” sambil menggalakkan pelajar lain untuk menampar muka mangsa dengan lebih kuat.

“Saya isytiharkan semua kanak-kanak Islam harus pergi,” kata guru wanita itu dalam video tersebut.

Turut kedengaran suara seorang lelaki yang turut bersetuju dengan kenyataan guru wanita itu.

“Kamu betul, ia merosakkan pendidikan,” lelaki itu kedengaran berkata ketika mangsa berdiri di hadapan kelas, meraung dan ketakutan.

Media melaporkan ayah kepada kanak-kanak itu, Mohammad Irshad memberitahu insiden malang itu berlaku pada Khamis lalu di Neha Public School di Kampung Kubbapur, Uttar Pradesh.

“Dia trauma, ini bukan caranya kanak-kanak diperlakukan,” kata ibu pelajar malang itu, Rubina sambil menjelaskan bahawa anak lelakinya itu pulang ke rumah dalam keadaan menangis.

Guru wanita itu telah meminta maaf atas kesilapannya, tetapi Irshad tetap membuat keputusan untuk memindahkan anak lelakinya ke sekolah lain.

Irshad berkata apa dialami anaknya adalah “(daripada) kebencian yang disebarkan terhadap Muslim di negara itu,” dan perkara itu jelas melalui apa yang disebut guru wanita itu dalam video tersebut. – The Merdeka Times

Sumber: TRTWorld Instagram, AJE Instagram

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *