Connect with us

Terkini

Jangan bantah modul hadis tanpa usul periksa – Mufti Pulau Pinang

Tidak wajar mana-mana pihak mempertikaikan cadangan Kementerian Pendidikan memperkenal modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi tanpa usul periksa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Jangan bantah modul hadis tanpa usul periksa - Mufti Pulau Pinang
Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (kiri), & Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor (kanak).
  • Tidak wajar mana-mana pihak mempertikaikan cadangan Kementerian Pendidikan memperkenal modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi tanpa usul periksa.
  • Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, tindakan memprotes cadangan itu tanpa usul periksa adalah tidak wajar sama sekali.
  • Katanya, apatah lagi jika bantahan berkenaan didorong niat bagi meraih kepentingan politik murahan dengan meminggirkan kepentingan negara dan rakyat. 
  • “Tujuan modul ini diperkenalkan adalah bagi memupuk semangat ihsan atau kebajikan serta kasih sayang sesama manusia tanpa mengira latar belakang keturunan, agama dan budaya,” katanya dalam kenyataan semalam. 
  • Katanya, rakyat Malaysia bukan beragama Islam perlu faham bahawa pandangan ekstrim dan yang memusuhi orang bukan Islam adalah berpunca daripada kefahaman salah terhadap ajaran Islam sendiri.

GEORGETOWN: Tidak wajar mana-mana pihak mempertikaikan cadangan Kementerian Pendidikan memperkenal modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi tanpa usul periksa.

Pihak berkenaan juga disarankan mengkaji apa kandungan koleksi hadis berkenaan sebelum membuat sebarang kenyataan.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, tindakan memprotes cadangan itu tanpa usul periksa adalah tidak wajar sama sekali. 

Katanya, apatah lagi jika bantahan berkenaan didorong oleh niat bagi meraih kepentingan politik murahan dengan meminggirkan kepentingan negara dan rakyat. 

“Pihak yang membantah cadangan itu perlu memberi perhatian kepada penjelasan yang diberi oleh kementerian dan beberapa pertubuhan Islam bukan kerajaan bahawa modul berkenaan hanya disasar kepada guru dan pelajar yang beragama Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SABK) sahaja. 

“Tujuan modul ini diperkenalkan adalah bagi memupuk semangat ihsan atau kebajikan serta kasih sayang sesama manusia tanpa mengira latar belakang keturunan, agama dan budaya,” katanya dalam kenyataan semalam. 

Mengulas lanjut Wan Salim berkata, hasrat itu diharap boleh dicapai menerusi kefahaman yang betul mengenai agama Islam sebagai agama rahmat serta menganjur sikap toleransi serta saling menghormati antara satu sama lain biarpun berbeza pegangan agama dan budaya.

Katanya, rakyat Malaysia bukan beragama Islam perlu faham bahawa pandangan ekstrim dan yang memusuhi orang bukan Islam adalah berpunca daripada kefahaman salah terhadap ajaran Islam sendiri.

“Kumpulan seperti Da’ish yang memperjuangkan penubuhan Negara Islam di Iraq dan Sham (Syria – Lubnan) dengan sewenang-wenang membunuh sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka, adalah disebabkan kefahaman salah terhadap ajaran Islam sebenar.

“Maka dengan memperkenalkan modul Hadis 40 karya Imam Nawawi ini diharap mampu melahirkan generasi umat Islam yang lebih terbuka kepada kepelbagaian kaum, agama dan budaya dalam kalangan warga Malaysia. 

“Justeru, dengan pengenalan modul ini juga dapat menyumbang kepada keharmonian negara,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *