Connect with us

Antarabangsa

Meta umum lancar Code Llama, bantu penulisan kod komputer

Meta Platforms mengumumkan akan melancarkan sebuah model kecerdasan buatan (AI) yang direka untuk membantu dalam penulisan kod komputer, sekali gus menambah baik kemajuan teknologi baharu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Meta umum lancar Code Llama, bantu penulisan kod komputer
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Meta Platforms mengumumkan akan melancarkan sebuah model kecerdasan buatan (AI) yang direka untuk membantu dalam penulisan kod komputer, sekali gus menambah baik kemajuan teknologi baharu.
  • Memetik laporan CNA, Platform Meta dalam satu kenyataan memaklumkan teknologi AI diberi nama Code Llama bakal tersedia secara percuma yang mana pengguna boleh menulis kod berdasarkan arahan teks manusia dan boleh digunakan untuk melengkapkan dan penyelesaian masalah kod komputer.
  • Sejak dilancarkan pada penghujung tahun lepas, ChatGPT oleh OpenAI, banyak syarikat dan perniagaan beralih kepada pasaran AI generatif yang baru untuk memperoleh kemampuan baharu dan menyempurnakan proses perniagaan.

NEW YORK: Meta Platforms mengumumkan akan melancarkan sebuah model kecerdasan buatan (AI) yang direka untuk membantu dalam penulisan kod komputer, sekali gus menambah baik kemajuan teknologi baharu.

Memetik laporan CNA, Platform Meta dalam satu kenyataan memaklumkan teknologi AI diberi nama Code Llama bakal tersedia secara percuma yang mana pengguna boleh menulis kod berdasarkan arahan teks manusia dan boleh digunakan untuk melengkapkan dan penyelesaian masalah kod komputer.

Sejak dilancarkan pada penghujung tahun lepas, ChatGPT oleh OpenAI, banyak syarikat dan perniagaan beralih kepada pasaran AI generatif yang baru untuk memperoleh kemampuan baharu dan menyempurnakan proses perniagaan.

Sebelum ini, Meta telah melancarkan pelbagai model AI, kebanyakannya percuma pada tahun ini termasuk Llama, yang merupakan pesaing kepada model eksklusif yang dijual oleh OpenAI disokong oleh Microsoft dan Google milik Alphabet.

Tambah Meta, Code Llama menyokong bahasa pengaturcaraan popular seperti Python, Java, dan C++ namun tidak digalakkan untuk tugasan tulisan teks am.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *