Connect with us

Terkini

Tun M pertahan Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris

Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan pendirian bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Inggeris.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tun M pertahan Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris
Foto: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
  • Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan pendirian bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Inggeris.
  • Katanya, ini kerana bidang ilmu itu bukan ilmu pribumi, bermakna ia datang bukan dalam bahasa Melayu, sebaliknya sebahagian besarnya diperoleh dalam bahasa Inggeris.
  • “Saya sentiasa percaya bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Inggeris, dan ilmu ini perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Penterjemah mesti mempunyai pemahaman yang baik mengenai subjek dan fasih berbahasa Inggeris dan Melayu,” katanya dalam catatan terbaru hari ini.
  • Dr Mahathir memperkenalkan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2003, namun ia dibatalkan pada 2012 pada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang mana ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Pendidikan.
  • Pada 2016, Kementerian Pendidikan (KPM) meneruskan Program Dwibahasa (DLP) bagi menggantikan PPSMI dengan memberi kebenaran kepada pihak sekolah yang memilih untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
  • Pada 2020, Dr Mahathir mahu memperkenalkan semula dasar itu namun tidak kesampaian berikutan perubahan pentadbiran kerajaan ketika itu.

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan pendirian bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Inggeris.

Katanya, ini kerana bidang ilmu itu bukan ilmu pribumi, bermakna ia datang bukan dalam bahasa Melayu, sebaliknya sebahagian besarnya diperoleh dalam bahasa Inggeris.

“Saya sentiasa percaya bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Inggeris, dan ilmu ini perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Penterjemah mesti mempunyai pemahaman yang baik mengenai subjek dan fasih berbahasa Inggeris dan Melayu,” katanya dalam catatan terbaru hari ini.

Dr Mahathir memperkenalkan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2003, namun ia dibatalkan pada 2012 pada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang mana ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Pendidikan.

Pada 2016, Kementerian Pendidikan (KPM) meneruskan Program Dwibahasa (DLP) bagi menggantikan PPSMI dengan memberi kebenaran kepada pihak sekolah yang memilih untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Pada 2020, Dr Mahathir mahu memperkenalkan semula dasar itu namun tidak kesampaian berikutan perubahan pentadbiran kerajaan ketika itu.

Dr Mahathir berkata, pada masa ini tidak ramai yang mempunyai kelayakan menterjemah dan fasih berbahasa Inggeris dan Melayu.

Katanya, perlu difahami bahawa kebanyakan penemuan baharu dalam Sains dan aplikasi Matematik juga dalam bahasa Inggeris.

“Untuk menterjemahkannya memerlukan sepasukan penterjemah. Ia berbeza dengan bidang ilmu yang lain.

“Contohnya dalam mata pelajaran Geografi dan Sejarah, fakta asas hampir tidak pernah berubah. Cuma cara ia disampaikan mungkin berbeza. Jadi keperluan untuk menterjemah itu agak terhad.

“Namun, berbeza dengan bidang Sains dan Matematik, yang mana hampir setiap hari ada penemuan baharu dan kemunculan aplikasi baharu, jadi jika pelajar ingin mengikuti mempelajari teknologi baharu mereka perlu fasih dalam bahasa Inggeris,” katanya

Dengan mengambil contoh bidang penyiaran tanpa wayar, beliau menegaskan ilmu itu 20 tahun lalu berbeza dengan cara penyiaran masa kini yang mana kemas kini berlaku berterusan dalam bidang Sains Komunikasi itu.

“Jika pengajaran dalam bahasa Inggeris, semua pengetahuan baharu boleh dipelajari secara langsung kerana kebanyakan kertas saintifik dibentangkan dalam bahasa Inggeris.

“Bahasa Melayu juga sudah berkembang dengan pesat, namun untuk mengikuti perkembangan saintifik, meminjam kata daripada bahasa lain adalah penting.

“Kita perlu sedar banyak perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris ketika ini,” katanya.

Dr Mahathir menegaskan beliau sangat memahami hasrat bagi memajukan bahasa Melayu, tetapi objektif utama pendidikan adalah bagi mendapatkan ilmu.

“Kita tidak boleh mengorbankan ilmu semata-mata kerana ingin memajukan bahasa kita. Pendidikan akan menjadi tidak bernilai jika kita ketinggalan dari segi ilmu yang sangat penting untuk pembangunan dan kemajuan kita.

“Jadi kerajaan harus mempertimbangkansemula keputusan untuk menghapuskan pilihan untuk mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

“Sebaliknya kekalkannya bukan sebagai pilihan. Marilah kita membuat keputusan untuk mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Dr Mahathir berkata, ramai ibu bapa yang kecewa dengan keputusan kerajaan apabila pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dijadikan satu pilihan kepada pelajar.

“Mereka merasakan langkah itu menjejaskan masa depan anak-anak mereka,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *