Connect with us

Terkini

Pemuda UMNO mahu Kor Ming jawab mengapa bantuan kerajaan ada logo DAP

Pemuda UMNO meminta rakan sekutunya menjelaskan gambar tular memaparkan logo parti politik DAP pada replika cek bantuan kerajaan yang diberikan kepada beberapa sekolah, baru-baru ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Pemuda UMNO mahu Kor Ming jawab mengapa bantuan kerajaan ada logo DAP
Foto: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh (bersongkok).
  • Pemuda UMNO meminta rakan sekutunya menjelaskan gambar tular memaparkan logo parti politik DAP pada replika cek bantuan kerajaan yang diberikan kepada beberapa sekolah baru-baru ini.
  • Ketua Pemudanya, Dr Muhamad Akmal Saleh meminta penjelasan itu daripada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming yang menyerahkan sumbangan bantuan terbabit.
  • “Dan jika dari pihak kerajaan, apakah kaitan logo DAP berada di mock up cheque sumbangan tersebut??Jangan jadi bodoh bila dah menjadi menteri!!!,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
  • The Merdeka Times semalam melaporkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang turut mempersoalkan tindakan itu dan menyifatkannya tidak menggambarkan tata kelola yang baik.
  • Perkara itu dibangkitkan kerana Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini sering mencanangkan tentang urus tadbir dan tata kelola baik berbanding kerajaan terdahulu.

KUALA LUMPUR — Pemuda UMNO meminta rakan sekutunya menjelaskan gambar tular memaparkan logo parti politik DAP pada replika cek bantuan kerajaan yang diberikan kepada beberapa sekolah, baru-baru ini.

Ketua Pemudanya, Dr Muhamad Akmal Saleh meminta penjelasan itu daripada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming yang menyerahkan sumbangan bantuan terbabit.

Beliau juga mengingatkan Ahli Parlimen Teluk Intan itu agar tidak bertindak bodoh apabila sudah memegang jawatan sebagai menteri.

“Kami mahukan penjelasan dari YB menteri Nga Kor Ming, adakah sumbangan ini dari pihak kerajaan?

“Dan jika dari pihak kerajaan, apakah kaitan logo DAP berada di mock up cheque sumbangan tersebut?? Jangan jadi bodoh bila dah menjadi menteri!!!,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

The Merdeka Times semalam melaporkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang turut mempersoalkan tindakan itu dan menyifatkannya tidak menggambarkan tata kelola yang baik.

Perkara itu dibangkitkan kerana Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini sering mencanangkan tentang urus tadbir dan tata kelola baik berbanding kerajaan terdahulu.

Terdahulu, tular gambar Kor Ming menyampaikan bantuan kewangan kepada sekolah menengah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dengan replika cek sumbangan memaparkan logo DAP dan Pakatan Harapan (PH) beserta jata negara. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Akmal Saleh

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *