Connect with us

Terkini

Kenapa perlu letak logo parti politik pada bantuan kerajaan?

Tindakan Kerajaan Madani memaparkan logo parti politik pada replika cek sumbangan bagi bantuan kerajaan dipersoalkan Ahli Parlimen pembangkang yang menyifatkannya tidak menggambarkan tata kelola yang baik.

Aida Norfazira

Published

on

Kenapa perlu letak logo parti politik pada bantuan kerajaan?
Foto: Nga Kor Ming semasa penyerahan replika cek sumbangan di sekolah-sekolah.
  • Tindakan Kerajaan Madani memaparkan logo parti politik pada replika cek sumbangan bagi bantuan kerajaan dipersoalkan Ahli Parlimen pembangkang yang menyifatkannya tidak menggambarkan tata kelola yang baik.
  • Terkini, tular gambar Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming menyampaikan bantuan kewangan kepada sekolah menengah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dengan replika cek sumbangan memaparkan logo DAP dan Pakatan Harapan (PH) beserta jata negara.
  • Menyelar perbuatan itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan kenapa perlu ada logo parti politik pada replika cek sumbangan bantuan kerajaan yang seolah-olah memberi gambaran ia bantuan daripada parti politik.
  • “Inilah good governance yang kononnya dicanangkan oleh pemimpin Pakatan Harapan dan Barisan Nasional pada hari ini… saya fikir rakyat boleh menilai sendiri, patutlah tak nak bagi sangat peruntukkan kepada Ahli Parlimen pembangkang sebenarnya nak gunakan untuk kepentingan politik sendiri,” katanya dalam hantaran video di Facebook beliau di sini semalam.
  • Senada dengan Fadhli, Ahli Parlimen Machang iaitu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, apa yang berlaku itu tidak menunjukkan tata kelola baik yang selama ini dilaungkan Kerajaan Madani.
  • “Ini satu kejanggalan yang amat. Bila masa sumbangan pihak kerajaan dibolehkan logo parti bersekali dengan jata negara?,” kata Wan Ahmad Fayhsal.

KUALA LUMPUR – Tindakan Kerajaan Madani memaparkan logo parti politik pada replika cek sumbangan bagi bantuan kerajaan dipersoalkan Ahli Parlimen pembangkang yang menyifatkannya tidak menggambarkan tata kelola yang baik.

Terkini, tular gambar Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming menyampaikan bantuan kewangan kepada sekolah menengah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dengan replika cek sumbangan memaparkan logo DAP dan Pakatan Harapan (PH) beserta jata negara.

Menyelar perbuatan itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan kenapa perlu ada logo parti politik pada replika cek sumbangan bantuan kerajaan yang seolah-olah memberi gambaran ia bantuan daripada parti politik.

Fadli berkata beliau tidak mempersoalkan tentang bantuan kepada sekolah jenis kebangsaan itu kerana ia membabitkan peruntukan kerajaan.

“Tapi peruntukan ini daripada pembayar cukai, duit daripada kerajaan. Kenapa diletakkan logo parti di replika cek yang ditayangkan di khalayak umum seolah-olah menggambarkan ini duit daripada parti.

“Inilah good governance yang kononnya dicanangkan oleh pemimpin Pakatan Harapan dan Barisan Nasional pada hari ini… saya fikir rakyat boleh menilai sendiri, patutlah tak nak bagi sangat peruntukkan kepada Ahli Parlimen pembangkang sebenarnya nak gunakan untuk kepentingan politik sendiri,” katanya dalam hantaran video di Facebook beliau di sini semalam. 

Senada dengan Fadhli, Ahli Parlimen Machang iaitu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, apa yang berlaku itu tidak menunjukkan tata kelola baik yang selama ini dilaungkan Kerajaan Madani.

“Ini satu kejanggalan yang amat. Bila masa sumbangan pihak kerajaan dibolehkan logo parti bersekali dengan jata negara?

“Inikah tatakelola baik yang kerajaan #MalaysiaMadani ingin bawa?” kata Wan Ahmad Fayhsal dalam hantarannya di Facebook. 

Beliau turut memuatkan gambar sumbangan replika cek dan turut kelihatan Menteri KPKT pada majlis penyerahan bantuan kerajaan itu. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Fadhli Shaari , Facebook Wan Ahmad Fayhsal

Author

Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending