Antarabangsa
Hina wanita berhijab boleh dikenakan penjara enam bulan, 74 sebatan
Satu rang undang-undang kontroversi di Iran yang mengukuhkan etika berpakaian ketat diluluskan oleh Jawatankuasa Parlimen Khas, lapor Agensi Berita Tasnim yang dipetik Agensi Berita Jerman (dpa).
- Satu rang undang-undang kontroversi di Iran yang mengukuhkan etika berpakaian ketat diluluskan oleh Jawatankuasa Parlimen Khas, lapor Agensi Berita Tasnim yang dipetik Agensi Berita Jerman (dpa).
- Peraturan itu, yang belum berkuat kuasa memperuntukkan hukuman berat bagi mereka yang tidak mengendahkan kod berpakaian.
- Dalam kes tertentu, hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda boleh mencecah lebih €5,000 (AS$5,450).
- Menghina wanita berhijab boleh dikenakan penjara enam bulan dan 74 sebatan.
- Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, yang mempunyai kata putus dalam semua perkara strategik, turut dirujuk untuk undang-undang baharu itu dan menegaskan bahawa memakai hijab adalah kewajipan agama.
TEHRAN: Satu rang undang-undang kontroversi di Iran yang mengukuhkan etika berpakaian ketat diluluskan oleh Jawatankuasa Parlimen Khas, lapor Agensi Berita Tasnim yang dipetik Agensi Berita Jerman (dpa).
Peraturan itu, yang belum berkuat kuasa memperuntukkan hukuman berat bagi mereka yang tidak mengendahkan kod berpakaian.
Dalam kes tertentu, hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda boleh mencecah lebih €5,000 (AS$5,450).
Wanita asing yang menentang undang-undang boleh diusir daripada negara berkenaan.
Menghina wanita berhijab boleh dikenakan penjara enam bulan dan 74 sebatan.
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, yang mempunyai kata putus dalam semua perkara strategik, turut dirujuk untuk undang-undang baharu itu dan menegaskan bahawa memakai hijab adalah kewajipan agama.
Pada masa sama, wanita memakai tudung yang tidak sesuai bukan menentang agama dan revolusi, katanya baru-baru ini.
Memakai hijab menjadi undang-undang di Iran selama lebih dari 40 tahun.
Sumber: Berita Harian