Terkini
KPDN kaji wujudkan Amanah Saham Rahmah – Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang mengkaji untuk mewujudkan inisiatif Amanah Saham Rahmah bagi membantu keluarga miskin tegar di negara ini.
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang mengkaji mewujudkan inisiatif Amanah Saham Rahmah bagi membantu keluarga miskin tegar di negara ini.
- Timbalan Menteri berkenaan, Fuziah Salleh berkata inisiatif tersebut diharap dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup sekaligus memberi pendapatan berterusan kepada golongan itu.
- “Kita sedang mengkaji mekanisme terbaik untuk melaksanakan Amanah Saham Rahmah dan bagaimana kita boleh meletakkan satu kumpulan wang yang terkumpul untuk kita laburkan di dalam satu akaun,” katanya ketika menjadi tetamu pada Program Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia, semalam.
Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang mengkaji untuk mewujudkan inisiatif Amanah Saham Rahmah bagi membantu keluarga miskin tegar di negara ini.
Timbalan Menteri berkenaan, Fuziah Salleh berkata inisiatif tersebut diharap dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup sekaligus memberi pendapatan berterusan kepada golongan itu.
Menurutnya, menerusi amanah berkenaan sejumlah wang akan dilaburkan oleh kerajaan di bawah syarikat tertentu dan dividen daripada pelaburan itu akan diberikan kepada keluarga yang memerlukan, manakala wang pokok yang dilaburkan itu, tetap milik kerajaan.
“Kita sedang mengkaji mekanisme terbaik untuk melaksanakan Amanah Saham Rahmah dan bagaimana kita boleh meletakkan satu kumpulan wang yang terkumpul untuk kita laburkan di dalam satu akaun.
“Contohnya di bawah Permodalan Nasional Berhad, kerajaan akan meletakkan RM100,000 untuk keluarga itu, tetapi wang pokok itu akan tetap jadi milik kerajaan, manakala dividen diberikan kepada keluarga miskin tegar berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu pada Program Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia, semalam.
Sumber: Berita Harian