Connect with us

Terkini

(VIDEO) Sami India didakwa beri minuman arak kepada kanak-kanak 3 tahun

Seorang sami didakwa memberi minuman arak kepada kanak-kanak berusia 3 tahun dalam sebuah aktiviti keagamaan.

Published

on

Sami India didakwa beri minuman arak kepada kanak-kanak 3 tahun
Foto: Tangkap layar daripada video tular di internet menunjukkan seorang lelaki berbangsa India dipercayai seorang sami duduk di sebelah seorang kanak-kanak perempuan sambil memegang satu tin arak.
  • Seorang sami didakwa memberi minuman arak kepada kanak-kanak berusia 3 tahun dalam sebuah aktiviti keagamaan.
  • Menurut laporan China Press yang memetik media bahasa Tamil Vanakkam Malaysia, sebuah video tular di internet menunjukkan seorang lelaki berbangsa India dipercayai seorang sami duduk di sebelah seorang kanak-kanak perempuan sambil memegang satu tin arak.
  • Menurut laporan, persatuan agama berkaitan akan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap sami itu.

Seorang sami didakwa memberi minuman arak kepada kanak-kanak berusia 3 tahun dalam sebuah aktiviti keagamaan.

Menurut laporan China Press yang memetik media bahasa Tamil Vanakkam Malaysia, sebuah video tular di internet menunjukkan seorang lelaki berbangsa India dipercayai seorang sami duduk di sebelah seorang kanak-kanak perempuan sambil memegang satu tin arak.

Video itu menunjukkan sami tersebut sedang minum arak dan memberi minuman itu kepada kanak-kanak terbabit berkali-kali.

Insiden itu didakwa berlaku  dalam sebuah majlis keagamaan di Johor.

Menurut laporan, persatuan agama berkaitan akan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap sami itu.

Sumber: China Press

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author