Connect with us

Antarabangsa

Ukraine tolak cadangan serahkan wilayah untuk keahlian NATO

Ukraine tidak akan menyerahkan wilayahnya kepada Russia untuk mendapatkan keahlian Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Xinhua memetik jurucakap Kementerian Luar Ukraine, Oleg Nikolenko pada Selasa.

Published

on

Ukraine tolak cadangan serahkan wilayah untuk keahlian NATO
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ukraine tidak akan menyerahkan wilayahnya kepada Russia untuk mendapatkan keahlian Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Xinhua memetik jurucakap Kementerian Luar Ukraine, Oleg Nikolenko pada Selasa.
  • Beliau menekankan bahawa Ukraine komited untuk terus bekerjasama dengan NATO bagi mencapai keahlian penuh dalam perikatan itu.
  • Kenyataan itu dikeluarkan selepas kenyataan daripada Stian Jenssen, pengarah pejabat peribadi Setiausaha Agung NATO, yang mencadangkan agar Ukraine menyerahkan sebahagian wilayahnya kepada Russia sebagai pertukaran untuk keahlian bagi menamatkan peperangan, lapor agensi berita Ukrinform.

KYIV – Ukraine tidak akan menyerahkan wilayahnya kepada Russia untuk mendapatkan keahlian Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Xinhua memetik jurucakap Kementerian Luar Ukraine, Oleg Nikolenko pada Selasa.

“Perbincangan mengenai Ukraine menyertai NATO sebagai pertukaran untuk menyerahkan sebahagian wilayah Ukraine adalah sama sekali tidak dapat diterima,” menurut hantaran Nikolenko di Facebook.

Beliau menekankan bahawa Ukraine komited untuk terus bekerjasama dengan NATO bagi mencapai keahlian penuh dalam perikatan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas kenyataan daripada Stian Jenssen, pengarah pejabat peribadi Setiausaha Agung NATO, yang mencadangkan agar Ukraine menyerahkan sebahagian wilayahnya kepada Russia sebagai pertukaran untuk keahlian bagi menamatkan peperangan, lapor agensi berita Ukrinform. – BERNAMA-Xinhua

Sumber : Bernama

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author