Connect with us

Antarabangsa

Gagal gugurkan kandungan, kanak-kanak 13 tahun teruskan persekolahan sebagai ibu

Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun dari Clarksdale, Mississippi, Amerika Syarikat akan memulakan gred 7 sebagai seorang ibu selepas beliau melahirkan anak kerana gagal mendapat akses pengguguran, demikian lapor Time.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Gagal gugurkan kandungan, kanak-kanak 13 tahun teruskan persekolahan sebagai ibu
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun dari Clarksdale, Mississippi, Amerika Syarikat akan memulakan gred 7 sebagai seorang ibu selepas beliau melahirkan anak kerana gagal mendapat akses pengguguran, demikian lapor Time.
  • Ashley (nama samaran) dirogol lelaki asing di rumahnya pada musim luruh 2022 dan tidak memberitahu sesiapa selama berminggu-minggu, kata ibunya, Regina.
  • Disebabkan undang-undang pengguguran yang ketat di Mississippi dan masalah kos gas serta penginapan di luar daerah, mereka bertindak menyembunyikan kehamilan anaknya dengan baju besar dan longgar.
  • Pengecualian berkaitan pengguguran di Mississippi hanya dibenarkan bagi kes rogol atau jika nyawa ibu berisiko, tetapi proses mendapatkan pengecualian masih tidak jelas.

Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun dari Clarksdale, Mississippi, Amerika Syarikat  akan memulakan gred 7 sebagai seorang ibu selepas beliau melahirkan anak kerana gagal mendapat akses pengguguran, demikian lapor Time.

Ashley (nama samaran) dirogol pada musim luruh 2022 dan tidak memberitahu sesiapa selama berminggu-minggu, kata ibunya, Regina.

Regina menyedari sesuatu yang aneh apabila anak perempuannya mula hilang minat terhadap hobinya seperti TikTok dan merasa loya. 

Ibu kanak-kanak perempuan malang itu berkata dia tidak pernah bercakap tentang proses ‘pembuatan bayi’ kerana Ashley terlalu muda untuk memahami.

Walaupun Ashley berdiam diri dan trauma, Regina akhirnya mengetahui anak perempuannya dirogol lelaki asing semasa ketiadaannya di rumah. 

Regina terus membawa Ashley ke bilik kecemasan pada 11 Januari 2023 kerana dia tidak berhenti muntah di mana Ashley didapati hamil 10 atau 11 minggu selepas menjalani ujian darah. 

Disebabkan undang-undang pengguguran yang ketat di Mississippi dan masalah kos gas serta penginapan di luar daerah, mereka bertindak menyembunyikan kehamilan anaknya dengan baju besar dan longgar.

Ashley melahirkan anak lelakinya digelar Peanut selepas tamat gred 6 dan ibunya berusaha untuk mendapatkan kebenaran untuk anak perempuannya itu memulakan pengajian gred 7 dari rumah. 

Pengecualian berkaitan pengguguran di Mississippi hanya dibenarkan bagi kes rogol atau jika nyawa ibu berisiko, tetapi proses untuk mendapatkan pengecualian masih tidak jelas.

Sumber: Insider

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *