Connect with us

Terkini

Kor Ming sifatkan kerjasama UMNO-DAP dalam landasan betul

Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming menyifatkan kerjasama parti itu dengan UMNO sudah berada dalam landasan betul, malah berjaya dibuktikan dengan kemenangan besar Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kor Ming sifatkan kerjasama UMNO-DAP dalam landasan betul
Foto: Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming.
  • Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming menyifatkan kerjasama parti itu dengan UMNO berada dalam landasan betul, malah berjaya dibuktikan dengan kemenangan besar Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Sabtu lalu.
  • Beliau berkata, UMNO mewakili BN memenangi hampir semua kerusi ditandingi parti pada PRN Negeri Sembilan, selain gandingan berkenaan membantu mengekalkan penguasaan di Selangor dan Pulau Pinang.
  • “Saya yakin Kerajaan Perpaduan akan semakin kukuh, stabil dan menuju kecemerlangan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pra-pelancaran Anugerah Kecemerlangan Menteri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2023 dan Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2023, di sini, hari ini.
  • Kor Ming yang juga Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, kerjasama pada PRN Sabtu lalu adalah permulaan yang baik dan berada dalam kedudukan positif.

PUTRAJAYA: Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming menyifatkan kerjasama parti itu dengan UMNO sudah berada dalam landasan betul, malah berjaya dibuktikan dengan kemenangan besar Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

Beliau berkata, UMNO yang mewakili BN memenangi hampir semua kerusi ditandingi parti itu pada PRN Negeri Sembilan, selain gandingan berkenaan turut membantu mengekalkan penguasaan di Selangor dan Pulau Pinang.

“Kita melihat kerjasama UMNO-DAP telah membuahkan hasil, dan saya merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan UMNO-BN yang membantu kempen calon PH pada PRN lalu.

“BN dan PH hanya ‘kahwin’ serta berkawan dalam tempoh lapan bulan, justeru beri kami masa empat hingga lima tahun lagi.

“Saya yakin Kerajaan Perpaduan akan semakin kukuh, stabil dan menuju kecemerlangan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pra-pelancaran Anugerah Kecemerlangan Menteri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2023 dan Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2023, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Kor Ming juga Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, ia adalah permulaan kerjasama yang baik dan berada dalam kedudukan positif.

Beliau berkata, Kerajaan Perpaduan menghormati pilihan dibuat pengundi pada PRN lalu, dan fokus kini terarah kepada tugas serta memastikan rakyat terus hidup selesa.

“Saya percaya rakyat sudah mula nampak keikhlasan dan komitmen DAP menjadi sebuah parti untuk semua rakyat,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil mendakwa UMNO akan terus kalah dan pupus menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) jika parti berkenaan tidak berbuat sesuatu susulan kekalahan teruk pada PRN Sabtu lalu.

Isham dipetik menegaskan, ada tiga isu yang selalu dikemukakan akar umbi dalam siri jelajahnya ke seluruh negara, termasuk kerjasama UMNO dengan DAP melalui PH dalam Kerajaan Perpaduan.

Sumber: Berita Harian

Author