Connect with us

Terkini

DAP tidak bercadang gabung dengan MUDA – Anthony Loke

DAP tidak bercadang bergabung dengan parti politik lain, sebaliknya mahu menumpukan usaha memperkukuh parti, kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

DAP tidak bercadang gabung dengan MUDA – Anthony Loke
Foto: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.
  • DAP tidak bercadang bergabung dengan parti politik lain, sebaliknya mahu menumpukan usaha memperkukuh parti, kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook.
  • Anthony Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata, saranan bekas pemimpin parti itu, Tan Sri Lim Kit Siang agar Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bergabung dengan DAP adalah pandangan peribadi.
  • “Dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti sebelum ini, kita mengarahkan Pemuda Sosialis DAP memperkukuh dari segi pengambilan bagi memupuk pemimpin muda kita sendiri sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
  • “Jadi, tidak timbul soal bergabung dengan parti lain,” katanya dipetik Berita Harian pada sidang media selepas mesyuarat CEC parti itu di Ibu Pejabat DAP semalam.
  • Media sebelum ini melaporkan Kit Siang menaruh harapan supaya MUDA bekerjasama dengan PH dan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PRN enam negeri 12 Ogos lalu.

KUALA LUMPUR — DAP tidak bercadang bergabung dengan parti politik lain, sebaliknya mahu menumpukan usaha memperkukuh parti, kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook.

Anthony Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata, saranan bekas pemimpin parti itu, Tan Sri Lim Kit Siang agar Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bergabung dengan DAP adalah pandangan peribadi.

“Itu pandangan peribadi Tan Sri Lim Kit Siang. Kami tidak mempunyai keputusan dan perancangan sedemikian. Fokus kita ialah memperkukuh parti.

“Dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti sebelum ini, kita mengarahkan Pemuda Sosialis DAP memperkukuh dari segi pengambilan bagi memupuk pemimpin muda kita sendiri sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Jadi, tidak timbul soal bergabung dengan parti lain,” katanya dipetik Berita Harian pada sidang media selepas mesyuarat CEC parti itu di Ibu Pejabat DAP, semalam.

MUDA tidak memenangi sebarang kerusi pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu, malah parti itu didakwa memecahkan undi Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) hingga gabungan politik itu kehilangan beberapa kerusi.

Media sebelum ini melaporkan Kit Siang menaruh harapan supaya MUDA bekerjasama dengan PH dan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PRN enam negeri 12 Ogos lalu. — The Merdeka Times

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *