Terkini
MH122 berpatah balik: 32 penerbangan domestik dibatalkan
Sekurang-kurangnya 32 penerbangan domestik dibatalkan susulan insiden seorang penumpang yang didakwa membuat gangguan terhadap penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH122 yang dalam penerbangan dari Sydney, Australia ke Kuala Lumpur pada Isnin.
- Sekurang-kurangnya 32 penerbangan domestik dibatalkan susulan insiden seorang penumpang didakwa membuat gangguan terhadap penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH122 yang dalam penerbangan dari Sydney, Australia ke Kuala Lumpur pada Isnin.
- Lapangan Terbang Sydney dalam satu kenyataan memaklumkan penerbangan domestik berdepan kelewatan sehingga 90 minit akibat insiden tersebut.
- Polis Persekutuan Australia (AFP) memaklumkan seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan tanpa sebarang pergelutan dan dijangka didakwa lewat malam semalam kerana membuat gangguan.
- Semua penumpang dipindahkan dari pesawat berkenaan dan insiden tidak mencetuskan sebarang ancaman terhadap masyarakat.
Sekurang-kurangnya 32 penerbangan domestik dibatalkan susulan insiden seorang penumpang yang didakwa membuat gangguan terhadap penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH122 yang dalam penerbangan dari Sydney, Australia ke Kuala Lumpur pada Isnin.
Lapangan Terbang Sydney dalam satu kenyataan memaklumkan penerbangan domestik turut berdepan kelewatan sehingga 90 minit akibat insiden tersebut.
“Akibat kejadian petang tadi, terdapat 32 penerbangan domestik dibatalkan dengan 16 penerbangan masuk dan 16 lagi penerbangan keluar.
“(Bagaimanapun), tiada penerbangan antarabangsa yang dibatalkan,” katanya memetik laporan media antarabangsa.
Terdahulu, Polis Persekutuan Australia (AFP) memaklumkan seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan tanpa sebarang pergelutan dan dijangka didakwa lewat malam semalam kerana membuat gangguan.
Jelas AFP, semua penumpang telah dipindahkan dari pesawat berkenaan dan insiden tidak mencetuskan sebarang ancaman terhadap masyarakat.
Penerbangan itu meninggalkan Sydney pada 1.40 tengah hari waktu tempatan dan mendarat semula di landasan pada pukul 3.47 petang.
Penerbangan MH122 membawa 194 penumpang dan lima kru.
Sumber: Astro Awani