Antarabangsa
(VIDEO) Ubat kembiri kimia pesalah seks diberi kepada kanak-kanak tukar jantina
Seorang doktor pakar kanak-kanak mengelak dari menjawab persoalan adakah ubat kembiri kimia pelaku jenayah seks adalah ubat sama yang diberikan kepada kanak-kanak yang menukar jantina mereka.
Seorang doktor pakar kanak-kanak mengelak dari menjawab persoalan adakah ubat kembiri kimia pelaku jenayah seks adalah ubat sama yang diberikan kepada kanak-kanak yang menukar jantina mereka.
Ahli Pediatrik, Dr Michelle Forcier yang ditemu bual Matt Walsh untuk dokumentarinya “What is a woman?” pada awalnya mengangguk setuju mendengar nama saintifik ubat itu disebut sebagai salah satu dadah yang digunakan untuk menyekat akil baligh kanak-kanak.
Tetapi beliau kemudian mengelak dari menjawab soalan seterusnya apabila Matt mengaitkan ubat itu dengan rawatan yang diberikan kepada pelaku jenayah seksual.
Matt bertanya “Salah satu ubat yang digunakan adalah Lupron, betul?,” Forcier mengangguk dengan nada setuju.
“Yang mana bahan kimia itu turut digunakan (ke atas) penjenayah seksual?,” tanya Matt lagi.
“Awak tahu tak, saya rasa temubual ini tidak patut diteruskan kerana ia membawa ke satu arah (naratif) tertentu,” jawab pakar pediatrik itu.
Forcier kemudiannya mendakwa terma dan perkataan digunakan Matt menunjukkan sifat penuh hasad dengki dan bahaya pada dirinya.
Matt lalu menjawab bahawa sesetengah individu lain pula berpendirian memberikan “kanak-kanak” ubat yang juga diberikan kepada pesalah jenayah seksual adalah tindakan penuh hasad dengki lagi membahayakan.
View this post on Instagram
“What is a woman?” merupakan sebuah dokumentari yang memaparkan Matt turun padang bertanyakan individu dari pelbagai latar belakang soalan “apakah itu seorang wanita?”.
Matt dalam dokumentarinya itu menemu bual pakar bedah khusus dalam pembedahan perubahan jantina, ahli politik, pakar pediatrik, profesor kajian jantina, pakar psikiatri, ahli suku Maasai dan golongan transgender. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – Matt Walsh