Connect with us

Terkini

Zahid tidak perlu letak jawatan, UMNO mesti kekal dalam Kerajaan Perpaduan 

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu melepaskan jawatannya sekalipun berdepan pelbagai desakan menuntut beliau bertindak sedemikian.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Zahid tidak perlu letak jawatan, UMNO mesti kekal dalam Kerajaan Perpaduan 
Foto: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi (kiri), Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan).
  • Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu melepaskan jawatannya sekalipun berdepan pelbagai desakan menuntut beliau bertindak sedemikian.
  • Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata mendesak Zahid meletakkan jawatan bukanlah penyelesaian, sebaliknya situasi dihadapi parti itu ketika ini adalah di bawah tanggungjawab semua dan ia beban bersama.
  • Parti politik tertua di Malaysia itu berdepan penolakan yang jelas daripada pengundi khususnya kelompok Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu lalu di mana UMNO hanya meraih 19 kerusi DUN di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
  • “UMNO perlu dapat balik sokongan orang Melayu. Menteri-Menteri UMNO mesti serious menjayakan agenda Melayu dan rakyat. Kuasa di tangan mereka.
  • “Sebab itu UMNO mesti kekal dalam Kerajaan Perpaduan. PH-BN perlu mengukuhkan kerjasama. Zahid sesuai pikul misi ini. Dia tidak perlu letak jawatan. Jangan melatah,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Dalam hantaran berbeza, Mohd Puad turut mengingatkan ahli UMNO supaya jangan panik dengan meninggalkan Kerajaan Perpaduan ekoran prestasi terburuk dihadapi apabila hanya memenangi 19 sahaja daripada 108 kerusi yang ditandingi.

KUALA LUMPUR — Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu melepaskan jawatannya sekalipun berdepan pelbagai desakan menuntut beliau bertindak sedemikian.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata mendesak Zahid meletakkan jawatan bukanlah penyelesaian, sebaliknya situasi dihadapi parti itu ketika ini adalah di bawah tanggungjawab semua dan ia beban bersama.

Justeru beliau menegaskan agar tiada mana-mana individu bersikap menunding jari dalam situasi dihadapi parti itu.

Parti politik tertua di Malaysia itu berdepan penolakan yang jelas daripada pengundi khususnya kelompok Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu lalu di mana UMNO hanya meraih 19 kerusi DUN di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Di Terengganu dan Kedah, UMNO mencatatkan prestasi terburuk dengan gagal menawan atau mengekalkan sebarang kerusi.

“Muhyiddin angkuh bila suruh Zahid letak jawatan. Bila PN kalah teruk di Melaka dan Johor dia tidak letak jawatan. Dia kekal Presiden Bersatu sedangkan dia kluster mahkamah.

“UMNO perlu dapat balik sokongan orang Melayu. Menteri-Menteri UMNO mesti serious menjayakan agenda Melayu dan rakyat. Kuasa di tangan mereka.

“Sebab itu UMNO mesti kekal dalam Kerajaan Perpaduan. PH-BN perlu mengukuhkan kerjasama. Zahid sesuai pikul misi ini. Dia tidak perlu letak jawatan. Jangan melatah,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Dalam hantaran berbeza, Mohd Puad turut mengingatkan ahli UMNO supaya jangan panik dengan meninggalkan Kerajaan Perpaduan ekoran prestasi terburuk dihadapi parti itu apabila hanya memenangi 19 sahaja daripada 108 kerusi yang ditandingi.

Beliau mengakui parti itu semakin hilang sokongan individu Melayu dan sedang berdepan ujian berat.

Mohd Puad turut menasihatkan pemimpin veteran parti yang ditolak oleh rakyat supaya mengundurkan diri di mana mereka yang kalah dan berumur 45 tahun ke atas jangan bertanding lagi di pilihan raya akan datang.

Katanya, UMNO sebaliknya perlu menampilkan ‘ayam sabung tulen’. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook DrPuad Zarkashi

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *