Connect with us

Terkini

PRN: PN tubuh kerajaan negeri di Terengganu

Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan negeri di Terengganu dengan majoriti mudah selepas menguasai 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, demikian lapor BH.

Published

on

PRN: PN tubuh kerajaan negeri di Terengganu
Foto: Gambar sekadar hiasan.

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan negeri di Terengganu dengan majoriti mudah selepas menguasai 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, demikian lapor BH.

Kemenangan itu membolehkan gabungan PAS-BERSATU terus mentadbir kerajaan negeri untuk penggal kedua.

DUN dimenangi PN adalah Jabi, Tepuh, Buluh Gading, Seberang Takir, Bukit Tunggal, Bukit Payung, Ru Rendang, Pengkalan Berangan, Telemung, Manir, Kuala Berang, Ajil, Bukit Besit, Rantau Abang, Sura, Kemasik dan Cukai.

Setakat berita ini ditulis, keputusan tidak rasmi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) menguasai kerusi DUN Hulu Besut dan Air Putih.

Proses penjumlahan undi di beberapa pusat penjumlahan undi masih berjalan. – The Merdeka Times

Sumber: Berita Harian

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author