Connect with us

Terkini

PRN: Zahid tetap tidak undur kalau UMNO kalah teruk – KJ

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak akan melepaskan jawatannya sekalipun parti tertua kaum Melayu itu mencatat keputusan buruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri hari ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PRN: Zahid tetap tidak undur kalau UMNO kalah teruk – KJ
Foto: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
  • Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak akan melepaskan jawatannya sekalipun parti tertua kaum Melayu itu mencatat keputusan buruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri hari ini, kata Khairy Jamaluddin.
  • “Zahid Hamidi tak akan turun. UMNO akan kekal seperti biasa. UMNO akan buat tak tahu. Sebab saya punya ramalan seperti Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, sama juga.
  • “UMNO kena bantai teruk pun, dia akan buat tak tahu,” katanya dipetik Berita Harian selepas mengundi di Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim di Rembau, Negeri Sembilan, hari ini. 

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak akan melepaskan jawatannya sekalipun parti tertua kaum Melayu itu mencatat keputusan buruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri hari ini.

Itu ramalan Khairy Jamaluddin yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO dan bekas menteri Kabinet. 

“Zahid Hamidi tak akan turun. UMNO akan kekal seperti biasa. UMNO akan buat tak tahu. Sebab saya punya ramalan seperti Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, sama juga.

“UMNO kena bantai teruk pun, dia akan buat tak tahu,” katanya dipetik Berita Harian selepas mengundi di Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim di Rembau, Negeri Sembilan, hari ini. 

Mengulas mengenai peratusan keluar mengundi rendah, Khairy yang juga bekas ahli Parlimen Rembau itu berkata, pengundi mungkin terkesan disebabkan faktor hujan dan orang ramai kurang berminat untuk mengundi.

Menegaskan PRN amat penting, katanya, rakyat mungkin sudah letih dengan isu politik kerana terlalu banyak pilihan raya.

“Walaupun tidak ada kesan kepada kerajaan pusat, tetapi ini boleh menentukan kerajaan di peringkat negeri. Sebenarnya kerajaan negeri inilah banyak menyelesaikan masalah harian rakyat,” kata Khairy.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan setakat jam 2 petang tadi, Terengganu dan Kedah mencatatkan angka tertinggi pengundian dengan 56 peratus, diikuti Pulau Pinang sebanyak 53 peratus, Selangor (51 peratus), Negeri Sembilan (49 peratus) dan Kelantan (45 peratus).  – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *