Terkini
PRN: Kekang ideologi LGBT antara harapan pengundi
Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang berharap wakil rakyat yang diberi mandat untuk memerintah negeri Selangor akan berusaha untuk mengekang sebarang unsur LGBT menular di negara ini.
- Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang berharap wakil rakyat yang diberi mandat untuk memerintah negeri Selangor akan berusaha untuk mengekang sebarang unsur LGBT menular di negara ini.
- Penduduk Kg Klang Gate yang hanya mahu dikenali sebagai Rizwan berkata perkara itu perlu diberi perhatian pemerintah.
- “Ya lah, sekarang kita tengok sendirilah dengan kerajaan sekarang, LGBT lah, apa lah, so benda-benda tu kita tak nak ia berada dalam kawasan (kita), sebab belum apa-apa, benda tu dah nampak.” katanya kepada The Merdeka Times selepas membuang kertas undi di Sekolah Kebangsaan Klang Gate bagi kerusi DUN Hulu Kelang di sini hari ini.
HULU KELANG – Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang berharap wakil rakyat yang diberi mandat untuk memerintah negeri Selangor akan berusaha untuk mengekang sebarang unsur LGBT menular di negara ini.
Penduduk Kg Klang Gate yang hanya mahu dikenali sebagai Rizwan berkata perkara itu perlu diberi perhatian pemerintah.
Lelaki dalam lingkungan 30-an itu berkata, ini kerana ideologi songsang itu sudah bertapak di Malaysia.
“Ya lah, sekarang kita tengok sendirilah dengan kerajaan sekarang, LGBT lah, apa lah, so benda-benda tu kita tak nak ia berada dalam kawasan (kita), sebab belum apa-apa, benda tu dah nampak,” katanya kepada The Merdeka Times selepas membuang kertas undi di Sekolah Kebangsaan Klang Gate bagi kerusi DUN Hulu Kelang di sini hari ini.
Penduduk di kawasan itu juga membangkitkan kerisauan mereka dengan isu jalan tar yang tidak diturap dengan baik setelah pemasukan paip bawah tanah yang menyebabkan kemalangan dan kerosakan kenderaan.
Kerusi DUN N18 Hulu Kelang menyaksikan pertembungan di antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dari Perikatan Nasional (PN) dengan Juwairiya Zulkifli yang mewakili Pakatan Harapan (PH).
Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini membabitkan enam negeri iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, dan Negeri Sembilan, merangkumi 245 kerusi DUN. – The Merdeka Times