Teknologi
Teknologi AI boleh curi kata laluan melalui bunyi taipan
Saintis-saintis memberi amaran bahawa teknologi kepintaran buatan (AI) sangat maju sehingga ia boleh mencuri kata laluan dengan hanya mendengar bunyi perkataan ditaip, lapor akhbar Daily Star Rabu lalu.
- Saintis-saintis memberi amaran teknologi kepintaran buatan (AI) sangat maju sehingga ia boleh mencuri kata laluan dengan hanya mendengar bunyi perkataan ditaip, lapor akhbar Daily Star Rabu lalu.
- Model AI dilatih para penyelidik sebelum ini untuk menekan 36 kekunci pada komputer MacBook Pro sebanyak 25 kali dan merakam bunyinya.
- Saintis mendapati, adalah mungkin untuk mengenal pasti setiap kata laluan ditaip dengan ketepatan 95 peratus menggunakan mikrofon telefon pintar berdekatan.
- Pakar-pakar memberi amaran ancaman serangan siber berdasarkan bunyi meningkat ekoran peningkatan dalam persidangan video bersama peranti-peranti lain.
LONDON – Saintis-saintis memberi amaran bahawa teknologi kepintaran buatan (AI) sangat maju sehingga ia boleh mencuri kata laluan dengan hanya mendengar bunyi perkataan ditaip, lapor akhbar Daily Star Rabu lalu.
Model AI telah dilatih oleh para penyelidik sebelum ini untuk menekan 36 kekunci pada komputer MacBook Pro sebanyak 25 kali dan merakam bunyinya.
Saintis mendapati, adalah mungkin untuk mengenal pasti setiap kata laluan yang ditaip dengan ketepatan 95 peratus menggunakan mikrofon telefon pintar yang berdekatan.
Bunyi itu dimasukkan ke dalam sistem AI yang dapat mengenal pasti corak setiap kata laluan dengan betul, demikian menurut kajian oleh Universiti Surrey, Universiti Durham dan Universiti Royal Holloway.
Tambah kumpulan saintis tersebut, individu yang menggunakan komputer mereka di kafe, pub dan perpustakaan berisiko untuk data-data sensitif mereka dicuri oleh AI.
Pakar-pakar memberi amaran bahawa ancaman serangan siber berdasarkan bunyi telah meningkat ekoran peningkatan dalam persidangan video bersama peranti-peranti lain.
“Saya dapat melihat ketepatan dan serangan sedemikian meningkat.
“Setiap kekunci mempunyai audio atau suara unik, yang boleh menyimpulkan huruf yang ditekan,” kata pengarang bersama kajian, Dr. Ehsan Toreini. – Agensi
Sumber: Kosmo