Terkini
Hannah Yeoh dakwa bukan Islam takut PAS sebab kenyataan Hadi Awang
Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh mendakwa kenyataan dikeluarkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini menyebabkan kelompok bukan Islam takut kepada parti politik itu.
- Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh mendakwa kenyataan dikeluarkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini menyebabkan kelompok bukan Islam takut kepada parti politik itu.
- Hannah yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, perkara itu juga menyebabkan rakyat melihat PAS sebagai parti ekstremis.
- “Saya setuju semasa Tok Guru Nik Aziz memerintah PAS rakyat kurang takut kepada PAS tetapi baru-baru ini memang di bawah pimpinan PAS sekarang memang sangat menakutkan rakyat bukan Islam,” katanya ketika menjadi panelis forum bertajuk ‘Referendum PMX atau Kerajaan Negeri?’ disiarkan di Youtube Astro Awani pada Selasa.
- Hannah berkata demikian ketika mengulas kenyataan panel forum itu yang juga Exco Dewan Pemuda PAS, Nazrul Nazir yang menafikan dakwaan bahawa Perikatan Nasional (PN) dan PAS melayan kelompok bukan Islam sebagai ‘second class citizen’.
KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh mendakwa kenyataan dikeluarkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini menyebabkan kelompok bukan Islam takut kepada parti politik itu.
Hannah yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, perkara itu juga menyebabkan rakyat melihat PAS sebagai parti ekstremis.
“Saya rasa saudara Nazrul kena tengok ucapan Tok Hadi Awang komen beliau menakutkan rakyat bukan Islam dan itu semua ada dalam surat khabar, kenyataan media.
“Saya setuju semasa Tok Guru Nik Aziz memerintah PAS rakyat kurang takut kepada PAS tetapi baru-baru ini memang di bawah pimpinan PAS sekarang memang sangat menakutkan rakyat bukan Islam,” katanya ketika menjadi panelis forum bertajuk ‘Referendum PMX atau Kerajaan Negeri?’ disiarkan di Youtube Astro Awani pada Selasa.
Hannah berkata demikian ketika mengulas kenyataan panel forum itu yang juga Exco Dewan Pemuda PAS, Nazrul Nazir yang menafikan dakwaan bahawa Perikatan Nasional (PN) dan PAS melayan kelompok bukan Islam sebagai ‘second class citizen’.
Nazrul berkata dakwaan itu adalah momokan daripada pihak lawan yang sering dilemparkan terhadap PAS sejak dahulu lagi.
Forum itu turut menampilkan Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan dan Pengerusi Bersih, Thomas Fann. — The Merdeka Times
Sumber : Youtube Astro AWANI