Connect with us

Antarabangsa

Putin hentikan perjanjian cukai berganda dengan ‘negara tidak mesra’

Presiden Russia Vladimir Putin pada Selasa menandatangani dekri menggantung perjanjian meliputi cukai berganda ke atas pendapatan dan aset dengan negara “tidak mesra”.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Putin hentikan perjanjian cukai berganda dengan ‘negara tidak mesra’
Foto: Gambar Presiden Russia Vladimir Putin.
  • Presiden Russia Vladimir Putin pada Selasa menandatangani dekri menggantung perjanjian meliputi cukai berganda ke atas pendapatan dan aset dengan negara “tidak mesra”.
  • Langkah itu dicadangkan kementerian kewangan dan luar pada Mac.
  • Dalam dekri berasingan, Putin membenarkan penggunaan akaun bank khas dalam rubel dan mata wang asing untuk pembayaran eksport produk pertanian Russia, menurut Agensi Anadolu.

MOSCOW, 9 Ogos (Bernama-AA) — Presiden Russia Vladimir Putin pada Selasa menandatangani dekri menggantung perjanjian meliputi cukai berganda ke atas pendapatan dan aset dengan negara “tidak mesra”.

Langkah itu telah dicadangkan oleh kementerian kewangan dan luar pada Mac.

Dalam dekri berasingan, Putin membenarkan penggunaan akaun bank khas dalam rubel dan mata wang asing untuk pembayaran eksport produk pertanian Russia, menurut Agensi Anadolu.

Beliau juga memperkenalkan rang undang-undang untuk pertimbangan Parlimen mengenai prosedur untuk memberitahu PBB dan Majlis Eropah tentang pengenalan atau penamatan keadaan perang atau darurat di Russia.

Bagaimanapun butiran pindaan itu tidak diberikan, lapornya.

Negara-negara Barat telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas Russia sebagai tindak balas terhadap “operasi ketenteraan khas” di Ukraine.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *