Connect with us

Terkini

Rakyat kini terbuka, terima penggabungan UMNO-DAP

Rakyat kini dilihat lebih terbuka dan menerima penggabungan UMNO-DAP dalam kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), kata Ketua UMNO Bahagian Damansara, Datuk Mohammad Azli Mohammed Saad.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Aida Norfazira

Published

on

Rakyat kini terbuka, terima penggabungan UMNO-DAP
Foto: Gambar sekadar hiasan. Logo DAP (kiri), logo UMNO (kanan)
  • Rakyat kini dilihat lebih terbuka dan menerima penggabungan UMNO-DAP dalam kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), kata Ketua UMNO Bahagian Damansara, Datuk Mohammad Azli Mohammed Saad.
  • Penerimaan masyarakat sekarang dah lebih terbuka kerana pada saya, apabila kerajaan tidak dapat dibentuk, kita lebih menekankan kerajaan perpaduan ni untuk kepentingan negara,” katanya pada program Ceramah Perpaduan Pakatan Harapan di Bandar Utama pada malam Sabtu lalu.

PETALING JAYA – Rakyat kini dilihat lebih terbuka dan menerima penggabungan UMNO-DAP dalam kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), kata Ketua UMNO Bahagian Damansara, Datuk Mohammad Azli Mohammed Saad.

Katanya, kerjasama gabungan parti politik  itu adalah untuk kebaikan rakyat dan negara.

Penerimaan masyarakat sekarang dah lebih terbuka kerana pada saya, apabila kerajaan tidak dapat dibentuk, kita lebih menekankan kerajaan perpaduan ni untuk kepentingan negara,” katanya pada program Ceramah Perpaduan Pakatan Harapan di Bandar Utama pada malam Sabtu lalu.

Beliau diminta mengulas sentimen dan penerimaan pengundi terhadap kerajaan pakatan PH-BN menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.  

Mengulas lanjut, beliau mengakui risau akan kegagalan membentuk kerajaan tanpa penggabungan parti politik terbabit. 

“Kalau katakan kita biar lagi lama, lagi kita tak dapat bentuk kerajaan,  sampai sekarang tak boleh bentuk kerajaan. Jadi, kalau tak boleh bentuk kerajaan,kemakmuran dari segi pelabur dan sebagainya semua tak ada,” kata Mohammad Azli. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *