Connect with us

Antarabangsa

Penonton konsert di China dilarang bawa barangan berunsur pelangi – Netizen

Penonton Konsert Jelajah Dunia ASMR di Beijing, China dilarang membawa barangan yang mempunyai unsur pelangi, dakwa netizen.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

Penonton konsert di China dilarang bawa barangan berunsur pelangi – Netizen
Foto: Penyanyi Taiwan, Kulilay Amit atau lebih dikenali dengan panggilan A-Mei.
  • Penonton Konsert Jelajah Dunia ASMR di Beijing, China dilarang membawa barangan yang mempunyai unsur pelangi, dakwa netizen.
  • Penyanyi Taiwan, Kulilay Amit atau lebih dikenali dengan panggilan A-Mei memulakan Konsert Jelajah Dunia ASMR dari tahun lepas dan tiba untuk konsert di Beijing  pada 5 dan 6 Ogos lalu.
  • Netizen di platform media sosial Weibo mengadu kesemua barangan yang mempunyai unsur pelangi telah dirampas dan lagu terkenal A-Mei bertajuk ‘Pelangi’ juga tidak dinyanyikan di konsert itu
  • Penonton yang memakai pakaian berunsur pelangi juga dihalang dan terpaksa menukar pakaian hitam yang disediakan kakitangan sebelum memasuki konsert itu.

KUALA LUMPUR – Penonton Konsert Jelajah Dunia ASMR di Beijing, China dilarang membawa barangan yang mempunyai unsur pelangi, dakwa netizen.

Penyanyi Taiwan, Kulilay Amit atau lebih dikenali dengan panggilan A-Mei memulakan Konsert Jelajah Dunia ASMR dari tahun lepas dan tiba untuk konsert di Beijing  pada 5 dan 6 Ogos lalu.

Netizen di platform media sosial Weibo mengadu kesemua barangan yang mempunyai unsur pelangi telah dirampas dan lagu terkenal A-Mei bertajuk ‘Pelangi’ juga tidak dinyanyikan di konsert itu.

Foto: Tangkap layar hantaran di media sosial Weibo

“Tiga badge tergantung di beg, salah satunya berbentuk hati dan dipenuhi (warna) pelangi saiznya sebesar kuku. Setelah pemeriksaan sekuriti (keselamatan), belum saya sedar, kakitangan telah merampasnya.

“Malam ini juga tiada nyanyian (lagu) ‘Pelangi’.”

Foto: Penonton dilarang memakai pakaian berunsur pelangi

Penonton yang memakai pakaian berunsur pelangi juga dihalang dan terpaksa menukar pakaian hitam yang disediakan kakitangan sebelum memasuki konsert itu.

Foto: Tangkap layar hantaran di media sosial penonton yang tidak berpuas hati

Ketika konsert A-Mei di Singapura pada Julai lalu, penonton yang mengibarkan bendera pelangi juga diarahkan untuk menghentikan tindakan itu yang dilihat seolah-olah mempromosikan agenda kelompok songsang LGBT. – The Merdeka Times

Author