Connect with us

Terkini

JAHEAIK jadi pencelah kes cabaran Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan  

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) akan bertindak sebagai pencelah dalam prosiding Kes Nik Elin Zurina Binti Nik Abdul Rashid & Tengku Yasmin Nastasha Binti Tengku Abdul Rahman vs Kerajaan Negeri Kelantan di Mahkamah Persekutuan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hanani Zulkifli

Published

on

JAHEAIK jadi pencelah kes cabaran Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan  
Foto: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
  • Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) akan bertindak sebagai pencelah dalam prosiding Kes Nik Elin Zurina Binti Nik Abdul Rashid & Tengku Yasmin Nastasha Binti Tengku Abdul Rahman vs Kerajaan Negeri Kelantan di Mahkamah Persekutuan.
  • Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri memandang berat kes itu kerana ia mencabar bidang kuasa Badan Perundangan Negeri untuk menggubal Undang-undang Jenayah Syariah di bawah Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. 
  • “Kerajaan Negeri pada Khamis, 3 Ogos 2023 telah bertindak dan mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan sebagai pihak yang berkepentingan dalam menjaga pelaksanaan Undang-undang Islam di Negeri Kelantan khususnya berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019 untuk bertindak sebagai pencelah dalam kes ini. 
  • “Ini memandangkan kes berkenaan akan memberi kesan yang sangat besar terhadap kepentingan Islam, Undang-undang Syariah dan Kerajaan Negeri Kelantan secara keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam mengulas isu cabaran terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan di Mahkamah Persekutuan. 

KUALA LUMPUR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) akan bertindak sebagai pencelah dalam prosiding Kes Nik Elin Zurina Binti Nik Abdul Rashid & Tengku Yasmin Nastasha Binti Tengku Abdul Rahman vs Kerajaan Negeri Kelantan di Mahkamah Persekutuan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri memandang berat kes itu kerana ia mencabar bidang kuasa Badan Perundangan Negeri untuk menggubal Undang-undang Jenayah Syariah di bawah Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. 

“Kerajaan Negeri pada Khamis, 3 Ogos 2023 telah bertindak dan mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan sebagai pihak yang berkepentingan dalam menjaga pelaksanaan Undang-undang Islam di Negeri Kelantan khususnya berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019 untuk bertindak sebagai pencelah dalam kes ini. 

“Ini memandangkan kes berkenaan akan memberi kesan yang sangat besar terhadap kepentingan Islam, Undang-undang Syariah dan Kerajaan Negeri Kelantan secara keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam mengulas isu cabaran terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan di Mahkamah Persekutuan.

Media sebelum ini melaporkan peguam kelahiran Kelantan itu dan anaknya mengemukakan cabaran Perlembagaan berhubung 20 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1). 

Mereka mendakwa peruntukan itu tidak sah kerana terdapat undang-undang Persekutuan yang meliputi kesalahan sama dan kuasa untuk menggubal undang-undang melibatkan perkara jenayah di bawah bidang kuasa Parlimen, manakala Dewan Undangan Negeri hanya diberi hak menggubal undang-undang berkaitan akidah Islam.

Dalam kenyataan sama, Ahmad turut menyeru tokoh-tokoh individu (NGIs) dan badan-badan bukan kerajaan (NGOs) Islam untuk memainkan peranan masing-masing sewajarnya serta berharap langkah ini mampu membela dan mempertahankan undang-undang syariah khususnya di Kelantan. 

Senada dengan kenyataan Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar turut menyeru pihak berkuasa agama Islam negeri, badan-badan berkanun berkaitan agama Islam dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kepentingan terhadap agama Islam untuk terlibat sama di dalam kes berkenaan sama ada sebagai pencelah (intervener), watching brief atau sahabat mahkamah (amicus curiae) dalam satu kenyataan semalam. 

The Merdeka Times pada 2 Ogos lalu memetik kenyataan peguam, Lukman Sheriff Alias di FB bahawa Mahkamah Persekutuan akan mendengar cabaran terhadap undang-undang jenayah syariah Kelantan yang bakal meruntuhkan undang-undang jenayah syariah negeri lain dalam masa sebulan dua ini. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook

Author