Connect with us

Antarabangsa

Ahli politik di India tuntut larangan laungan azan di masjid

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri di Assam, Shiladitya Dev mencetuskan perdebatan baharu di India selepas beliau menuntut larangan melaungkan azan di masjid.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ahli politik di India tuntut larangan laungan azan di masjid
Foto: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri di Assam, Shiladitya Dev.
  • Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri di Assam, Shiladitya Dev mencetuskan perdebatan baharu di India selepas beliau menuntut larangan melaungkan azan di masjid. 
  • “Adakah masyarakat minoriti mempunyai hak untuk mengganggu mental saya lima kali sehari, 1,825 kali setahun dengan azan mereka? Adakah agama ini boleh diterima dalam masyarakat sekular?” kata ahli politik dari parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dipetik Muslim Mirror. 
  • “Setiap kali saya mendengar azan satu demi satu di masjid, saya rasa kejiranan saya telah dikuasai oleh Afghanistan dan Taliban,” kata ahli politik berhaluan kanan itu yang turut menyifatkan laungan azan sebagai tidak sopan.
  • Sementara  itu, tiga peguam dari Mahkamah Tinggi Gauhati memfailkan aduan terhadap kenyataan Shiladitya Dev dan difahamkan, Polis Dispur juga memulakan siasatan berhubung perkara itu. 

Guwahati – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri di Assam, Shiladitya Dev mencetuskan perdebatan baharu di India selepas beliau menuntut larangan melaungkan azan di masjid. 

“Adakah masyarakat minoriti mempunyai hak untuk mengganggu mental saya lima kali sehari, 1,825 kali setahun dengan azan mereka? Adakah agama ini boleh diterima dalam masyarakat sekular?” kata ahli politik dari parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dipetik Muslim Mirror. 

Ahli politik berhaluan kanan itu kemudiannya berkata beliau sanggup dipenjara atas tuntutannya bahawa azan harus diharamkan. 

“Setiap kali saya mendengar azan satu demi satu di masjid, saya rasa kejiranan saya telah dikuasai oleh Afghanistan dan Taliban,” kata bekas ADUN dari kawasan Hojai itu yang turut menyifatkan laungan azan sebagai tidak sopan.

Beliau berkata Muslim seharusnya menjadikan solat sebagai amalan, bukan menjerit di pembesar suara (azan). 

Shiladitya Dev berkata, semasa menjadi ADUN, beliau pernah membuat permintaan kepada Speaker Dewan untuk menghentikan sesi lebih awal dan memberi laluan untuk umat Muslim menunaikan solat Jumaat. 

Namun bagi ahli politik itu, perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku di negara sekular seperti India.

Sementara  itu, tiga peguam dari Mahkamah Tinggi Gauhati memfailkan aduan terhadap kenyataan Shiladitya Dev dan difahamkan, Polis Dispur juga memulakan siasatan berhubung perkara itu. 

Bagaimanapun, Shiladitya Dev berkata beliau akan mengemukakan rayuan di mahkamah untuk mengharamkan laungan azan.

Shiladitya Dev sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mendakwa kononnya masyarakat Muslim minoriti di India menyembunyikan senjata api di masjid untuk menjalankan aktiviti keganasan. 

Sumber: Muslim Mirror

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *