Connect with us

Terkini

Naratif Ekonomi MADANI beri gambaran jelas hala tuju ekonomi Malaysia – KJ, Shahril 

Dua bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Sufian Hamdan memuji Naratif Ekonomi MADANI yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hanani Zulkifli

Published

on

Naratif Ekonomi MADANI beri gambaran jelas hala tuju ekonomi Malaysia – KJ, Shahril 
Foto: Poster Keluar Sekejap (KS).
  • Dua bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Sufian Hamdan memuji Naratif Ekonomi MADANI yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu.
  • KJ berkata Anwar yang juga Menteri Kewangan disifatkan berjaya melukiskan gambaran jelas visi ekonomi Malaysia. 
  • “Perdana Menteri (PM) telah melukiskan gambar lukisan yang jelas kita berada di mana. Kekurangan enjin pertumbuhan yang baru, jurang yang besar antara pendapatan isu rumah dan pertumbuhan ekonomi dan Malaysia terjerumus ke dalam kitaran kemelesetan dengan kos rendah, gaji rendah dan kurang berdaya saing.
  • “Beliau tidak hanya berkata tentang problem tetapi dia datang dengan cara penyelesaian. I like this,” kata KJ dalam siaran Podcast Keluar Sekejap dihoskan bersama Shahril pada Sabtu lalu.
  • Senada dengan KJ, Shahril yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO berkata, naratif ekonomi Anwar mempunyai penceritaan jelas berbanding kerajaan terdahulu yang menjadi punca kepincangan ekonomi sebelum ini.

KUALA LUMPUR – Dua bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Sufian Hamdan memuji Naratif Ekonomi MADANI yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu.

KJ berkata Anwar yang juga Menteri Kewangan disifatkan berjaya melukiskan gambaran jelas visi ekonomi Malaysia. 

“Perdana Menteri (PM) telah melukiskan gambar lukisan yang jelas kita berada di mana. Kekurangan enjin pertumbuhan yang baru, jurang yang besar antara pendapatan isu rumah dan pertumbuhan ekonomi dan Malaysia terjerumus ke dalam kitaran kemelesetan dengan kos rendah, gaji rendah dan kurang berdaya saing.

“Beliau tidak hanya berkata tentang problem tetapi dia datang dengan cara penyelesaian. I like this,” kata KJ dalam siaran Podcast Keluar Sekejap dihoskan bersama Shahril pada Sabtu lalu.

KJ yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO berkata Anwar juga menggariskan dua gerakan besar dalam ekonomi, malah menggambarkan hala tuju naratif ekonomi Malaysia dengan analogi sebuah rumah dengan menaikkan siling dan lantai.

“Siling ini, PM nak Malaysia terbang jauh menjadi peneraju ekonomi rantau asia ataupun dunia, menjadi destinasi pelaburan, menjadi industri berteras digital dan inovasi jaguh semi serantau dan sebagainya. 

“Dia tak mahu siling tu terbang sahaja sebab kita tahu dalam liberal economic order, siling sahaja terbang tetapi lantai tak naik.

“PM kata tiada guna siling itu terbang kalau lantai tak naik. Maksudnya peningkatan darjat hidup rakyat”, kata KJ. 

Senada dengan KJ, Shahril yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO berkata, naratif ekonomi Anwar mempunyai penceritaan jelas berbanding kerajaan terdahulu yang menjadi punca kepincangan ekonomi sebelum ini.

“Antara kritikan lembut kita selama ini adalah tiada direction, tiada naratif, tiada story. Kita keluar ke negara-negara lain baik Indonesia baik Singapura itu yang mereka katakan bahawa capital market investor tak clear what is Malaysia’s story

“Bukan political stability sahaja yang menghalang investment, tidak. But the story. Indonesia has a story. Singapore has a story. Thailand has a story. Vietnam has a story.  Where is Malaysia’s story? Ini (naratif ekonomi Madani) adalah permulaan kepada story itu pada naratif itu,” kata Shahril. – The Merdeka Times

Sumber: YouTube Keluar Sekejap

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *