Connect with us

Terkini

PRN: Jangan politikkan isu kalimah Allah – PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua parti supaya tidak mempolitikkan isu kalimah Allah dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PRN: Jangan politikkan isu kalimah Allah – PM
Foto: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua parti supaya tidak mempolitikkan isu kalimah Allah dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).
  • Perdana Menteri berkata, peringatan itu turut dizahirkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kepada beliau baru-baru ini.
  • “Kita akan cuba perkemaskan isu kalimah Allah ini untuk kita bawa ke Majlis Raja-Raja dan keputusannya jangan jadikan ini sebagai isu politik, ini arahan baginda… raja-raja akan memperkemaskannya atas cadangan Kerajaan Persekutuan.
  • “Apa (Pengerusi Perikatan Nasional) Tan Sri Muhyiddin (Yassin) kata? Masih gunakan isu Allah,” katanya dalam ceramahnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi malam tadi.
  • Mei lalu, media melaporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa penganut Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab, iaitu Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pendidikan.

SEREMBAN – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua parti supaya tidak mempolitikkan isu kalimah Allah dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Perdana Menteri berkata, peringatan itu turut dizahirkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kepada beliau baru-baru ini.

“Kita akan cuba perkemaskan isu kalimah Allah ini untuk kita bawa ke Majlis Raja-Raja dan keputusannya jangan jadikan ini sebagai isu politik, ini arahan baginda… raja-raja akan memperkemaskannya atas cadangan Kerajaan Persekutuan.

“Apa (Pengerusi Perikatan Nasional) Tan Sri Muhyiddin (Yassin) kata? Masih gunakan isu Allah,” katanya dalam ceramahnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi malam tadi.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga calon DUN Sikamat.

Muhyiddin sebelum ini dilaporkan mempersoal kewajaran kerajaan tidak meneruskan permohonan semakan kehakiman membabitkan kes kalimah Allah dalam kes Jill Ireland.

Ketika ceramah di Kapar, Selangor baru-baru ini, Muhyiddin mendakwa keputusan kerajaan menggugurkan rayuan kes Ireland pada Mei lalu membuktikan bahawa pentadbiran Anwar bersetuju dengan keputusan mahkamah bahawa penganut Kristian boleh menggunakan kalimah Allah.

Mei lalu, media melaporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa penganut Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab, iaitu Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pendidikan.

Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 18 April lalu.

Antara lain, notis itu menyatakan KDN dan kerajaan Malaysia tidak berniat untuk meneruskan rayuan difailkan pada 12 Mac 2021 dan memberhentikan keseluruhan rayuan tanpa sebarang perintah terhadap kos.

Sumber: Berita Harian

Author