Connect with us

Antarabangsa

Rejim zionis tembak mati rakyat Palestin di kediamannya

Seorang lelaki Palestin mati ditembak polis Israel di bandar Kafr Aqab di utara Baitulmaqdis, pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Rejim zionis tembak mati rakyat Palestin di kediamannya
  • Lelaki Palestin mati ditembak polis Israel di bandar Kafr Aqab di utara Baitulmaqdis, pada Isnin.
  • Mangsa dikenali sebagai Mohammad al-Hasham.
  • Dipercayai ditembak dari jarak dekat selepas polis rejim Israel menceroboh masuk ke dalam rumahnya.
  • Pihak rejim berkata operasi dilakukan kerana mangsa disyaki miliki senjata.

BAITULMAQDIS (Palestin) – Seorang lelaki Palestin mati ditembak polis Israel di bandar Kafr Aqab di utara Baitulmaqdis, pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

Menurut Pejabat Gabenor Baitulmaqdis Pihak Berkuasa Palestin dalam satu kenyataan, mangsa dikenali sebagai Mohammad al-Hasham.

Lelaki itu dipercayai ditembak dari jarak dekat selepas pegawai polis Israel menceroboh masuk ke dalam rumahnya, menurut kenyataan itu.

Polis Israel telah mengambil jasad Hasham tetapi tiada butiran lanjut diberikan.

Sementara itu, polis Israel mendakwa rakyat Palestin itu cuba menyerang seorang pegawainya sebelum dia ditembak.

Polis Israel melancarkan operasi mengesan di bandar Kafr Aqab dan menyerbu sebuah rumah kerana penghuninya disyaki memiliki senjata.

Sumber: Bernama

 

Author