Terkini
(VIDEO) Pengawal keselamatan Indian Railways bunuh pegawai, tiga penumpang Muslim dalam kereta api Ekspress Jaipur
Seorang pengawal keselamatan Indian Railways ditahan selepas menembak mati seorang rakan sekerjanya dan tiga penumpang beragama Islam di dalam kereta api Ekspress Jaipur dinaikinya.
- Seorang pengawal keselamatan Indian Railways ditahan selepas menembak mati seorang rakan sekerjanya dan tiga penumpang beragama Islam di dalam kereta api Ekspress Jaipur dinaikinya.
- Suspek dikenal pasti sebagai Chetan Singh, 33, seorang konstabel Pasukan Perlindungan Kereta api (RPF) turut bertindak memuji Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Ketua Menteri Uttar Pradesh iaitu Yogi Adityanath setelah menembak mati keempat-empat mangsa.
- Video insiden tembakan itu yang menyaksikan suspek menyatakan, “jika kamu mahu tinggal dan mengundi di Hindustan (India), saya memberitahu kamu, hanya (sokong) Modi dan Yogi’, turut tular di beberapa platform media sosial, termasuk di Instagram dan Twitter semalam.
- Menurut laporan The Wire, Singh didakwa menembak penolong sub-inspektor RPF Tikaram Meena dan tiga penumpang beragama Islam dan kesemuanya berjambang dikenali sebagai Abdul Kaderbhai, Sadar Mohammed dan Asghar Abbas.
- Insiden dilaporkan berlaku berhampiran bandar Palghar bahagian barat Maharashtra, kira-kira dua jam perjalanan dari Mumbai menaiki kereta api, sekitar jam 5 pagi (23:30 GMT Ahad).
Seorang pengawal keselamatan Indian Railways ditahan selepas menembak mati seorang rakan sekerjanya dan tiga penumpang beragama Islam di dalam kereta api Ekspress Jaipur dinaikinya.
Suspek dikenal pasti sebagai Chetan Singh, 33, seorang konstabel Pasukan Perlindungan Kereta api (RPF) turut bertindak memuji Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Ketua Menteri Uttar Pradesh iaitu Yogi Adityanath setelah menembak mati keempat-empat mangsa.
View this post on Instagram
Video insiden tembakan itu yang menyaksikan suspek menyatakan, “jika kamu mahu tinggal dan mengundi di Hindustan (India), saya memberitahu kamu, hanya (sokong) Modi dan Yogi’, turut tular di beberapa platform media sosial, termasuk di Instagram dan Twitter semalam.
Singh turut dilihat berdiri di sebelah salah seorang mangsa berlumuran darah sambil memegang rifelnya dalam video itu yang turut dikongsikan di Twitter.
Menurut laporan The Wire, Singh didakwa menembak penolong sub-inspektor RPF Tikaram Meena dan tiga penumpang beragama Islam dan kesemuanya berjambang dikenali sebagai Abdul Kaderbhai, Sadar Mohammed dan Asghar Abbas.
Insiden dilaporkan berlaku berhampiran bandar Palghar bahagian barat Maharashtra, kira-kira dua jam perjalanan dari Mumbai menaiki kereta api, sekitar jam 5 pagi (23:30 GMT Ahad).
Berdasarkan laporan media India, Singh melepaskan 12 das tembakan dari rifelnya untuk membunuh rakan sekerjanya dan seorang penumpang lain di dalam gerabak sama.
Dia kemudiannya merentas beberapa gerabak dan membunuh dua lagi penumpang lain di gerabak berbeza kereta api itu.
Asaduddin Owaisi, Ahli Parlimen dan Ketua Parti All India Majlis-e-Ittehad-ul-Muslimeen (AIMIM) menyifatkan insiden itu sebagai “serangan pengganas yang secara khusus menyasarkan umat Islam”.
Sumber: Al Jazeera, The Wire