Antarabangsa
Amaran kesihatan tertera pada setiap batang rokok di Kanada
Berkuatkuasa hari ini, pada setiap batang rokok yang dijual di Kanada tertera amaran kesihatan bahawa ‘rokok menyebabkan mati pucuk dan kanser’, serta terdapat ‘racun dalam setiap sedutan’.
- Berkuatkuasa hari ini, pada setiap batang rokok yang dijual di Kanada tertera amaran kesihatan bahawa ‘rokok menyebabkan mati pucuk dan kanser’, serta terdapat ‘racun dalam setiap sedutan’.
- Peraturan pelabelan yang diumumkan pada Mei lalu itu, bertujuan untuk terus membanteras amalan merokok dan yang pertama seumpamanya di dunia.
- Menteri Kesihatan Mental dan Ketagihan Kanada ketika itu, Carolyn Bennett, berkata label amaran baharu itu ‘hampir tidak dapat dielakkan, disertai paparan imej grafik yang turut dikemas kini pada pek rokok.
- “Inilah yang akan memberi peringatan sebenar dan mengejutkan mengenai kesan kesihatan akibat merokok,” katanya.
- Kerajaan Kanada berkata, sesetengah golongan muda, yang sangat terdedah kepada risiko kebergantungan kepada tembakau, mula merokok selepas diberi sebatang rokok, berbanding satu pek produk itu yang dilabelkan dengan amaran kesihatan.
OTTAWA – Berkuatkuasa hari ini, pada setiap batang rokok yang dijual di Kanada tertera amaran kesihatan bahawa ‘rokok menyebabkan mati pucuk dan kanser’, serta terdapat ‘racun dalam setiap sedutan’.
Peraturan pelabelan yang diumumkan pada Mei lalu itu, bertujuan untuk terus membanteras amalan merokok dan yang pertama seumpamanya di dunia.
Menteri Kesihatan Mental dan Ketagihan Kanada ketika itu, Carolyn Bennett, berkata label amaran baharu itu ‘hampir tidak dapat dielakkan, disertai paparan imej grafik yang turut dikemas kini pada pek rokok.
“Inilah yang akan memberi peringatan sebenar dan mengejutkan mengenai kesan kesihatan akibat merokok,” katanya.
Berdasarkan arahan baharu itu, setiap batang rokok dalam pek besar perlu mempunyai amaran kesihatan itu dalam tempoh setahun, disusuli syarat sama bagi pek biasa pada awal 2024.
Kerajaan Kanada berkata, sesetengah golongan muda, yang sangat terdedah kepada risiko kebergantungan kepada tembakau, mula merokok selepas diberi sebatang rokok, berbanding satu pek produk itu yang dilabelkan dengan amaran kesihatan.
Pada 2000, Kanada menjadi negara pertama yang mengarahkan amaran grafik pada pek rokok, termasuk gambar hati dan paru-paru berpenyakit yang mengerikan untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kesihatan berkaitan penggunaan tembakau.
Tabiat merokok menunjukkan trend penurunan sejak dua dekad lalu, namun mengikut data kerajaan, penggunaan tembakau terus membunuh 48,000 orang di Kanada setiap tahun dan hampir separuh daripada kos penjagaan kesihatan negara itu dikaitkan dengan penggunaan bahan terbabit.
Ottawa menyasarkan untuk mengurangkan lagi jumlah perokok di negara itu kepada lima peratus daripada penduduk atau kira-kira dua juta orang menjelang 2035, berbanding kira-kira 13 peratus pada masa ini.
Sumber: Berita Harian