Connect with us

Antarabangsa

New York larang restoran, khidmat penghantaran sedia peralatan plastik

New York, bandar raya paling ramai penduduk di Amerika Syarikat (AS), memperkenalkan sekatan baharu untuk mengurangkan sisa plastik sekali guna dalam pesanan bawa pulang, berkuat kuasa semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

New York larang restoran, khidmat penghantaran sedia peralatan plastik
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • New York, bandar raya paling ramai penduduk di Amerika Syarikat (AS), memperkenalkan sekatan baharu untuk mengurangkan sisa plastik sekali guna dalam pesanan bawa pulang, berkuat kuasa semalam.
  • Di bawah peraturan baharu itu, restoran dan perkhidmatan penghantaran di bandar raya itu tidak dibenarkan menyediakan peralatan plastik, paket perasa, napkin atau bekas tambahan dalam pesanan bawa pulang dan penghantaran, melainkan pelanggan memintanya, lapor Xinhua.
  • Ini bermakna restoran tidak lagi secara automatik memasukkan bekas plastik, pisau dan garpu, paket mayo, sos, serta sos tomato dalam pesanan tanpa permintaan pelanggan.
  • Langkah baharu itu yang bertujuan mengurangkan sisa plastik sekali guna dibuat berikutan pelaksanaan undang-undang `skip the stuff’ yang ditandatangani oleh Datuk Bandar New York, Eric Adams awal tahun ini.

NEW YORK –  New York, bandar raya paling ramai penduduk di Amerika Syarikat (AS), memperkenalkan sekatan baharu untuk mengurangkan sisa plastik sekali guna dalam pesanan bawa pulang, berkuat kuasa semalam.

Di bawah peraturan baharu itu, restoran dan perkhidmatan penghantaran di bandar raya itu tidak dibenarkan menyediakan peralatan plastik, paket perasa, napkin atau bekas tambahan dalam pesanan bawa pulang dan penghantaran, melainkan pelanggan memintanya, lapor Xinhua.

Ini bermakna restoran tidak lagi secara automatik memasukkan bekas plastik, pisau dan garpu, paket mayo, sos, serta sos tomato dalam pesanan tanpa permintaan pelanggan.

Langkah baharu itu yang bertujuan mengurangkan sisa plastik sekali guna dibuat berikutan pelaksanaan undang-undang `skip the stuff’ yang ditandatangani oleh Datuk Bandar New York, Eric Adams awal tahun ini.

Tempoh amaran mengenai peraturan tersebut berakhir pada 30 Jun 2024, dan denda akan dikeluarkan jika berlaku pelanggaran.

Mereka yang melanggar sekatan akan berdepan hukuman, bermula dari AS$50 (RM225.55) untuk kesalahan pertama, AS$150 (RM676.65) untuk kesalahan kedua dan AS$250 (RM1,125.75) untuk kesalahan ketiga.

Menurut data yang dipetik oleh Jawatankuasa Perlindungan Pengguna dan Pekerja Majlis Bandaraya New York, lebih daripada 320 juta tan plastik digunakan di negara ini setiap tahun, dengan 95 peratus daripadanya adalah sekali guna, dan daripada plastik sekali pakai tersebut hanya 14 peratus dikitar semula.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *