Connect with us

Terkini

PRN: PDRM sendiri akan buat laporan isu 3R

Polis bertegas mengenai isu 3R (agama, kaum dan raja) ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) dan akan bertindak membuat laporan sendiri sekiranya tiada pihak yang tampil untuk melakukannya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PRN: PDRM sendiri akan buat laporan isu 3R
Foto: Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.
  • Polis bertegas mengenai isu 3R (agama, kaum dan raja) ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) dan akan bertindak membuat laporan sendiri sekiranya tiada pihak yang tampil untuk melakukannya.
  • Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya sentiasa memantau setiap kempen atau ceramah dengan menempatkan pegawai atau anggotanya di lokasi.
  • “Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan semua pihak yang berkempen untuk tidak memainkan isu 3R ini dan kami sendiri memantau kempen yang dijalankan.
  • “Sekiranya ada unsur 3R ini dimainkan, jika tidak ada mana-mana pihak tampil ke hadapan membuat laporan pihak, PDRM sendiri akan membuat laporan supaya satu siasatan boleh dijalankan,” katanya selepas majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Jawatankuasa Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Negeri Sembilan, di sini, hari ini.

Seremban: Polis bertegas mengenai isu 3R (agama, kaum dan raja) ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) dan akan bertindak membuat laporan sendiri sekiranya tiada pihak yang tampil untuk melakukannya.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya sentiasa memantau setiap kempen atau ceramah dengan menempatkan pegawai atau anggotanya di lokasi.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan semua pihak yang berkempen untuk tidak memainkan isu 3R ini dan kami sendiri memantau kempen yang dijalankan.

“Sekiranya ada unsur 3R ini dimainkan, jika tidak ada mana-mana pihak tampil ke hadapan membuat laporan pihak, PDRM sendiri akan membuat laporan supaya satu siasatan boleh dijalankan,” katanya selepas majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Jawatankuasa Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Negeri Sembilan, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Dzaffir berkata, sehingga kini tiada kes atau laporan polis mengenai isu 3R dimainkan di mana-mana kempen di negeri ini.

Beliau berkata, isu 3R jelas sangat sensitif dan sudah banyak kali perkara itu ditekankan Ketua Polis Negara sendiri supaya ia tidak dimainkan di mana jua kempen PRN.

Mengulas mengenai waktu berkempen sehingga jam 12 tengah malam, katanya, pihak penganjur perlu memastikan ia ditamatkan sebelum waktu yang ditetapkan.

“Memang kita memantau sekiranya ceramah sudah berhenti, orang ramai mula beredar, tiada isu. Tiada tindakan yang kita akan ambil terhadap penganjur, cuma yang pentingnya, apabila jam 12 tengah malam, kena berhenti,” katanya.

Katanya, sehingga kini pihaknya mendapati semua ceramah atau kempen berjalan lancar tanpa sebarang isu seperti kacau ganggu, ketenteraman awam atau gangguan lalu lintas.

Bagaimanapun katanya, sehingga semalam pihaknya menerima 83 laporan polis di seluruh Negeri Sembilan membabitkan proses PRN.

“Kebanyakan laporan adalah berkaitan kempen tanpa permit dan satu laporan mengenai vandalisme terhadap poster.

“Kami akan terus memantau proses ini sehingga ke hari terakhir, termasuk media sosial,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *