Terkini
Rakyat berharap pengeluaran kecemasan KWSP – PGIRM
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) mengadakan kempen jelajah seluruh negeri bagi menzahirkan suara pencarum yang berharap tuntutan pengeluaran kecemasan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersasar diluluskan kerajaan demi kelangsungan hidup.
- Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) mengadakan kempen jelajah seluruh negeri bagi menzahirkan suara pencarum yang berharap tuntutan pengeluaran kecemasan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersasar diluluskan kerajaan demi kelangsungan hidup.
- Timbalan Presiden PGIRM Mohammad Farhan Jailani berkata, pengeluaran bersasar KWSP itu bagi membantu rakyat terkesan.
- “Diharapkan kerajaan dapat meluluskan tuntutan kepada 99,335 pencarum yang amat terdesak dan memerlukan wang dengan kadar segera,” katanya dalam kenyataan.
- Menurutnya, penyelesaian kerajaan dengan menawarkan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) tidak menyelesaikan masalah secara keseluruhan, malah menambah beban kewangan sedia ada.
Kuala Lumpur: Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) mengadakan kempen jelajah seluruh negeri bagi menzahirkan suara pencarum yang berharap tuntutan pengeluaran kecemasan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersasar diluluskan kerajaan demi kelangsungan hidup.
Timbalan Presiden PGIRM Mohammad Farhan Jailani berkata, pengeluaran bersasar KWSP itu bagi membantu rakyat terkesan.
Menurutnya, kempen jelajah seluruh negeri yang diketuai Ketua Bahagian Negeri PGIRM dengan disokong oleh pencarum negeri bagi menyerahkan Memorandum Tuntutan KWSP Bersasar itu berjalan lancar.
“Kempen penyerahan memorandum itu bermula semalam membabitkan empat negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sarawak.
“Kesemua memorandum tuntutan sudah berjaya diserahkan kepada Ketua Pengarah KWSP negeri masing-masing dengan jayanya dan diterima baik oleh pihak KWSP negeri.
“Kempen ini akan diteruskan ke negeri lain yang akan menyusul kemudian.
“Sehubungan itu, pihak kami menggesa dan mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil serius mengenai kesusahan rakyat (pencarum) tercicir ini demi kelangsungan hidup mereka.
“Diharapkan kerajaan dapat meluluskan tuntutan kepada 99,335 pencarum yang amat terdesak dan memerlukan wang dengan kadar segera,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, penyelesaian kerajaan dengan menawarkan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) tidak menyelesaikan masalah secara keseluruhan, malah menambah beban kewangan sedia ada.
Beliau berkata, sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar ingin membantu rakyat khususnya golongan tercicir perlu segera membuat keputusan dengan meluluskan tuntutan pengeluaran KWSP secara bersasar.
“Jasa baik dan keprihatinan Perdana Menteri amat diharapkan oleh rakyat (pencarum) seluruh negeri,” katanya.
Sumber: Harian Metro