Terkini
Doktor beri amaran masalah kesihatan berpanjangan selepas gempa Turkiye
Setengah tahun selepas gempa bumi dahsyat melanda selatan Turkiye, persatuan perubatan di wilayah itu telah memberi amaran mengenai masalah kesihatan untuk jangka panjang.
- Setengah tahun selepas gempa bumi dahsyat melanda selatan Turkiye, persatuan perubatan di wilayah itu memberi amaran masalah kesihatan jangka panjang.
- Gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda tenggara Turkiye pada 6 Feb tahun ini, menyebabkan kemusnahan yang meluas.
- Gempa bumi itu disusuli beberapa siri gegaran yang ganas. Berpuluh-puluh ribu orang terbunuh manakala berjuta-juta kehilangan tempat tinggal.
- Kini runtuhan itu kebanyakannya dibersihkan, tetapi mendatangkan masalah kesihatan jangka masa panjang, terutama membabitkan golongan wanita dan kanak-kanak, kata Selahattin Menteş, ketua persatuan perubatan di bandar Adana di selatan Turkiye memberitahu Agensi Berita Jerman.
- Terdapat masalah kekurangan nutrisi, yang boleh menyebabkan gangguan perkembangan pada kanak-kanak selain wanita hamil berisiko mengalami masalah kesihatan.
- “Sebilangan besar kelahiran pramatang dan keguguran telah dikesan di rantau ini,” tambahnya,” katanya.
ISTANBUL, 31 Julai (Bernama-Xinhua) — Setengah tahun selepas gempa bumi dahsyat melanda selatan Turkiye, persatuan perubatan di wilayah itu telah memberi amaran mengenai masalah kesihatan untuk jangka panjang.
Gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda tenggara Turkiye pada 6 Feb tahun ini, menyebabkan kemusnahan yang meluas.
Gempa bumi itu disusuli dengan beberapa siri gegaran yang ganas. Berpuluh-puluh ribu orang terbunuh manakala berjuta-juta kehilangan tempat tinggal.
Kini runtuhan itu kebanyakannya telah dibersihkan, tetapi mendatangkan masalah kesihatan jangka masa panjang, terutama membabitkan golongan wanita dan kanak-kanak, kata Selahattin Menteş, ketua persatuan perubatan di bandar Adana di selatan Turkiye memberitahu Agensi Berita Jerman.
Terdapat masalah kekurangan nutrisi, yang boleh menyebabkan gangguan perkembangan pada kanak-kanak. Wanita hamil juga berisiko mengalami masalah kesihatan.
“Sebilangan besar kelahiran pramatang dan keguguran telah dikesan di rantau ini,” tambahnya,” katanya.
Bilangan doktor yang mengalami kemurungan di Turkiye juga turut mencatatkan peningkatan.
“Terdapat banyak kematian, orang telah kehilangan segala-galanya dan kehidupan yang tersisa tidak menawarkan apa-apa kecuali sedikit harapan kepada mereka,” kata Menteş.
Beliau juga mendakwa pihak berkuasa membuang sisa runtuhan dengan cara tidak terkawal kerana dikhuatiri mengandungi toksin seperti asbestos dan sama ada ia boleh meresap ke dalam air bawah tanah.
Kekurangan pengetahuan mengenai perkara ini adalah masalah besar, katanya.
“Kami tidak tahu berapakah kadar kanser paru-paru dalam tempoh lima atau 10 tahun, sama seperti kami belum tahu bagaimana pemakanan yang buruk akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak.” — BERNAMA
Sumber: Bernama