Connect with us

Antarabangsa

Tidak pasang lampu kereta, wanita dipaksa buka hijab selepas ditahan polis

Seorang wanita Islam di Fayette County, Kentucky, Amerika Syarikat (AS) didakwa terpaksa menanggalkan hijabnya berikutan penahanan dan booking (potret tahanan) di Pusat Tahanan Daerah Fayette pada Isnin lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tidak pasang lampu kereta, wanita dipaksa buka hijab selepas ditahan polis
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang wanita Islam di Fayette County, Kentucky, Amerika Syarikat (AS) didakwa terpaksa menanggalkan hijabnya berikutan penahanan dan booking (potret tahanan) di Pusat Tahanan Daerah Fayette pada Isnin lalu.
  • Menurut laporan The Arab American News, Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR) dalam kenyataan pada Jumaat menyeru penjelasan melalui siasatan berhubung dakwaan penganiayaan terhadap wanita Islam itu.
  • Timbalan Pengarah Kebangsaan CAIR, Edward Ahmed Mitchell menghantar surat kepada Pengarah Eksekutif Pusat Tahanan Daerah Fayette, Kol Scott Colvin dan Ketua Polis Universiti Kentucky, Joseph Monroe, meminta mereka menyiasat lebih lanjut dan mewujudkan dasar membenarkan individu beragama untuk mengekalkan hijab dan keperluan beragama lain semasa dalam tahanan.
  • Menurut CAIR, wanita itu yang juga doktor pendatang dari Iraq ditahan polis Universiti Kentucky kerana tidak memasang lampu depannya, sebelum ditahan atas kesalahan denda tidak dibayar sejak 2021 yang belum diselesaikan.
  • Wanita itu kemudiannya dibebaskan dengan bon $100 (RM450) dan semua pertuduhan terhadapnya telah ditolak sebelum perbicaraan pada Khamis.

Seorang wanita Islam di Fayette County, Kentucky, Amerika Syarikat (AS) didakwa terpaksa menanggalkan hijabnya berikutan penahanan dan booking (potret tahanan) di Pusat Tahanan Daerah Fayette pada Isnin lalu.

Menurut laporan The Arab American News, Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR) dalam kenyataan pada Jumaat menyeru penjelasan melalui siasatan berhubung dakwaan penganiayaan terhadap wanita Islam itu.

Timbalan Pengarah Kebangsaan CAIR, Edward Ahmed Mitchell menghantar surat kepada Pengarah Eksekutif Pusat Tahanan Daerah Fayette, Kol Scott Colvin dan Ketua Polis Universiti Kentucky, Joseph Monroe, meminta mereka menyiasat lebih lanjut dan mewujudkan dasar membenarkan individu beragama untuk mengekalkan hijab dan keperluan beragama lain semasa dalam tahanan.

“Dia berkata, ‘saya seorang Muslim. saya memakai ini atas sebab agama. Tolong hormati hak saya.’ Tetapi haknya tidak dihormati,” kata Edward kepada stesen berita LEX 18.

Menurut CAIR, wanita itu yang juga doktor pendatang dari Iraq ditahan polis Universiti Kentucky kerana tidak memasang lampu depannya. 

Dia kemudiannya ditangkap atas kesalahan denda tidak dibayar sejak 2021 yang belum diselesaikan.

CAIR berkata wanita itu digari dan ditahan selama berjam-jam serta dipaksa menanggalkan hijabnya di dewan orang ramai untuk potret tahanan walaupun beliau meminta untuk dibawa ke tempat peribadi. 

Wanita itu juga memberitahu pegawai CAIR yang bertanya kepadanya apa agamanya dan dia dimasukkan ke dalam bilik dengan separuh dinding yang menampakan kepalanya yang tidak bertudung.

“Saya terpaksa duduk membongkok untuk masa lama, yang saya tidak boleh tahan lama,” katanya kepada CAIR. 

“Kemudian saya menggunakan pakaian saya sebagai hijab untuk dapat duduk tegak dan tanpa sakit belakang… Saya benar-benar merasa diserang, takut dan didera oleh pegawai itu,” kata wanita itu.

Scott dalam satu kenyataan berkata beliau akan komited untuk mengkaji semula insiden itu secara telus apabila dakwaan itu dimaklumkan kepadanya, lapor Lexington Herald Leader.

“Jika semakan itu menunjukkan semakan dasar atau amalan diperlukan, ia akan dibuat dan kakitangan akan dilatih,” kata Scott dalam kenyataan itu. 

Wanita itu dibebaskan dengan bon $100 (RM450) dan semua pertuduhan terhadapnya telah ditolak sebelum perbicaraan pada Khamis.

“Kami hidup dalam masyarakat di mana terdapat orang yang haknya terjejas setiap hari,” kata peguam wanita itu dan bekas pengerusi lembaga kebangsaan CAIR, Roula Allouch kepada Lexington Herald Leader. 

Sumber: The Arab American News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *