Terkini
Normalisasi rasuah, kenyataan Zahid jelas ada unsur beli undi – Syed Saddiq
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kecewa apabila amalan ‘gula-gula pilihan raya’ masih diteruskan dan dinormalisasikan pemimpin melalui agensi kerajaan.
- Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kecewa apabila amalan ‘gula-gula pilihan raya’ masih diteruskan dan dinormalisasikan pemimpin melalui agensi kerajaan.
- Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar mendakwa normalisasi oleh pemimpin itu turut melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sepatutnya menjadi benteng utama negara dalam memerangi rasuah.
- “Pengerusi SPRM telah mengabaikan fakta sebenar bahawa terdapat unsur pembelian undi didalam ucapan Timbalan Perdana Menteri yang menyebut: “Untuk Majlis Belia negeri Terengganu saya luluskan RM250,000. Untuk pasukan bermotosikal seluruh negeri Terengganu saya berikan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk seluruh motosikal di negeri Terengganu.”
- “Itu baru saya, lepas ni PM naik dia akan top up, akan tambah, asalkan pada 12 Ogos nanti, para belia mengikut gelombang biru dan gelombang merah yang ada di Negeri Terengganu boleh? Kalau makin kuat tepukan makin banyak PM akan luluskan”,” katanya menerusi kenyataan media bertajuk ‘Muda bantah amalan normalisasi rasuah’ pada Ahad yang memetik kenyataan Ahmad Zahid sebagai berkata demikian baru-baru ini.
- Membantah amalan rasuah dinormalisasikan, Syed Saddiq berkata kenyataan dikeluarkan Ahmad Zahid jelas mempunyai unsur beli undi.
KUALA LUMPUR — Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kecewa apabila amalan ‘gula-gula pilihan raya’ masih diteruskan dan dinormalisasikan pemimpin melalui agensi kerajaan.
Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar mendakwa normalisasi oleh pemimpin itu turut melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sepatutnya menjadi benteng utama negara dalam memerangi rasuah.
“Kenyataan dikeluarkan Ketua Suruhanjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki bahawa “tiada unsur rasuah” dalam pemberian geran sebanyak RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan peruntukan sebanyak RM250,000 untuk Majlis Belia Malaysia Terengganu yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Ahmad Zahid baru-baru ini amat mengecewakan.
“Pengerusi SPRM telah mengabaikan fakta sebenar bahawa terdapat unsur pembelian undi di dalam ucapan Timbalan Perdana Menteri yang menyebut: “Untuk Majlis Belia negeri Terengganu saya luluskan RM250,000. Untuk pasukan bermotosikal seluruh negeri Terengganu saya berikan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk seluruh motosikal di negeri Terengganu.”
“Itu baru saya, lepas ni PM naik dia akan top up, akan tambah, asalkan pada 12 Ogos nanti, para belia mengikut gelombang biru dan gelombang merah yang ada di Negeri Terengganu boleh? Kalau makin kuat tepukan makin banyak PM akan luluskan”,” katanya menerusi kenyataan media bertajuk ‘Muda bantah amalan normalisasi rasuah’ pada Ahad yang memetik kenyataan Ahmad Zahid sebagai berkata demikian baru-baru ini.
Membantah amalan rasuah dinormalisasikan, Syed Saddiq berkata kenyataan dikeluarkan Ahmad Zahid jelas mempunyai unsur beli undi.
Beliau berkata ini kerana peruntukan itu disalurkan jika pengundi mengundi parti tertentu dan peruntukan akan ditambah sekiranya parti tersebut mendapat kemenangan besar selepas pilihan raya.
Syed Saddiq turut membangkitkan beberapa persoalan susulan daripada pengumuman timbalan perdana menteri itu dan menuntut SPRM dan kabinet memberi penjelasan berkenaannya.
“Antara persoalan yang saya ingin timbulkan daripada pengumuman Timbalan Perdana Menteri tersebut adalah; mengapa bantuan hanya diumum di tengah musim pilihan raya dan hanya akan diberikan dengan syarat rakyat perlu mengikut ‘gelombang biru dan merah’?
“Adakah peruntukan diumum Datuk Seri Zahid Hamidi akan ditarik balik atau dibatalkan sekiranya parti tertentu yang disebut dalam ucapan beliau tidak meraih kemenangan? Akhir sekali, adakah bantuan ini telah dipersetujui barisan Kabinet?” katanya.
Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan ucapan Ahmad Zahid di Terengganu pada Jumaat lalu, jelas berbentuk sogokan dan bercanggah dengan undang-undang negara.
Beliau berkata tindakan memberi pelbagai geran dan sumbangan kewangan dengan syarat mengundi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) jelas mempunyai unsur rasuah menjelang pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini. — The Merdeka Times
Sumber : Twitter @SyedSaddiq