Terkini
Kekangan selaku aktivis antara punca Ayahanda Cik Ton pilih medan politik – Yusuf Azmi
Kekangan untuk membantu rakyat dalam kapasiti aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antara punca Ayahanda Cik Ton bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.
- Kekangan untuk membantu rakyat dalam kapasiti aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antara punca Ayahanda Cik Ton bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.
- Perkara itu diberitahu Pengerusi Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi, yang juga rakan seperjuangan calon Perikatan Nasional (PN) di DUN Pandan Indah, Ayahanda Cik Ton atau nama sebenarnya Fazil Mohamad Dali untuk menceburi arena politik.
- “Banyak perkara yang nak dibuat terhad bila berada dalam NGO, paling utama, adalah peruntukan,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di pusat penamaan calon di Dewan MPAJ Pandan Indah, di sini hari ini.
- DUN Pandan Indah menyaksikan pertandingan empat penjuru antara wakil PN, Ayahanda Cik Ton, Pakatan Harapan (PH) meletakkan penyandang kerusi itu, Izham Hashim; Lisa Redzuan (calon MUDA) dan calon Bebas, Sivaneswaran Ramasundram.
PANDAN INDAH – Kekangan untuk membantu rakyat dalam kapasiti aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antara punca Ayahanda Cik Ton bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.
Perkara itu diberitahu Pengerusi Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi, yang juga rakan seperjuangan calon Perikatan Nasional (PN) di DUN Pandan Indah, Ayahanda Cik Ton atau nama sebenarnya Fazil Mohamad Dali untuk menceburi arena politik.
“Banyak perkara yang nak dibuat terhad bila berada dalam NGO, paling utama, adalah peruntukan,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di pusat penamaan calon di Dewan MPAJ Pandan Indah, di sini hari ini.
Beliau berkata Semboyan Malaysia juga berusaha dengan pelbagai inisiatif untuk membantu masyarakat.
Katanya, ada program yang mereka bercadang untuk laksanakan tetapi tidak dapat dijalankan disebabkan kekangan peruntukan dan kapasiti.
Yusuf Azmi percaya Cik Ton akan mengatasi masalah banyak pihak, termasuk NGO, untuk membantu rakyat jika dipilih menjadi wakil rakyat.
Katanya, sahabat beliau itu mampu membuat perubahan dan menjadi contoh di Pandan Indah kerana dirinya sendiri pernah merasai keperitan rakyat.
“Manusia boleh berubah, tetapi inti pati dalam perjuangan itu sukar untuk diubah seandainya kita mempunyai seorang pemimpin yang mempunyai jati diri yang tinggi,” kata Yusuf Azmi.
DUN Pandan Indah menyaksikan pertandingan empat penjuru antara wakil PN, Ayahanda Cik Ton, Pakatan Harapan (PH) meletakkan penyandang kerusi itu, Izham Hashim; Lisa Redzuan (calon MUDA) dan calon Bebas, Sivaneswaran Ramasundram. – The Merdeka Times