Connect with us

Terkini

(VIDEO) Berasal dari setinggan, Cik Ton lebih faham kepayahan penduduk Pandan Indah

“Tiada apa yang kita takut, tiada apa yang kita gentar,” itu kata calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah, Fazil Mohamad Dali atau lebih dikenali dengan panggilan Ayahanda Cik Ton.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hanani Zulkifli

Published

on

Berasal dari setinggan, Cik Ton lebih faham kepayahan penduduk Pandan Indah
Foto: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah, Fazil Mohamad Dali (dua dari kanan) atau lebih dikenali dengan panggilan Ayahanda Cik Ton.
  • “Tiada apa yang kita takut, tiada apa yang kita gentar,” itu kata calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah, Fazil Mohamad Dali atau lebih dikenali dengan panggilan Ayahanda Cik Ton.
  • Calon PN itu akan bersaing dalam pertandingan empat penjuru, termasuk berdepan dengan calon ‘heavyweight’ Pakatan Harapan (PH) yang juga penyandang kerusi DUN Pandan Indah sejak 2018 iaitu Izham Hashim.
  • “Itu semua (keputusan pilihan raya negeri) di tangan rakyat. Semua atas kuasa Allah Taala,” katanya kepada The Merdeka Times selepas pengumuman calon DUN Pandah Indah di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya di sini hari ini.
  • Dua lagi calon lain bagi kerusi DUN Pandah Indah adalah Timbalan Ketua Parlimen MUDA Bandar Tun Razak mewakili Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Noor Faralisa Redzuan dan seorang calon Bebas, Sivaneswaran Ramasundram. 
  • “Sebab saya pun berasal dari orang kampung daripada rumah setinggan. Jadi kepayahan itu kami tahu. “Sebelum ni saya bergerak atas tiket NGO, saya mencuba lebih jauh lagi dan cuba untuk membantu rakyat dengan cara kita duduk dalam parti politik, kita boleh  membantu lebih mudah,” kata Ayahanda Cik Ton 

KUALA LUMPUR – “Tiada apa yang kita takut, tiada apa yang kita gentar,” itu kata calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah, Fazil Mohamad Dali atau lebih dikenali dengan panggilan Ayahanda Cik Ton.

Calon PN itu akan bersaing dalam pertandingan empat penjuru, termasuk berdepan dengan calon ‘heavyweight’ Pakatan Harapan (PH) yang juga penyandang kerusi DUN Pandan Indah sejak 2018 iaitu Izham Hashim.

“Itu semua (keputusan pilihan raya negeri) di tangan rakyat. Semua atas kuasa Allah Taala,” katanya kepada The Merdeka Times selepas pengumuman calon DUN Pandah Indah di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya di sini hari ini. 

Dua lagi calon lain bagi kerusi DUN Pandah Indah adalah Timbalan Ketua Parlimen MUDA Bandar Tun Razak mewakili Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Noor Faralisa Redzuan dan seorang calon Bebas, Sivaneswaran Ramasundram. 

Mengulas lanjut, Ayahanda Cik Ton yakin statusnya sebagai anak jati Pandan Indah yang kerap berada di lapangan mampu meraih sokongan pengundi, namun beliau mengakui kekuatan pesaingnya yang juga wakil rakyat di kawasan itu. 

“Beza antara dia dan saya; Dia ADUN dan kami ini orang biasa. Kami bergerak atas kemampuan yang kami ada.  

“Media kami sendiri sahaja. Lain dengan orang yang ada peruntukan. Dia boleh hebah-hebahkan, dia boleh ditonjolkan. Kami tidak,” katanya. 

Calon PN itu berkata pengalamannya berada di lapangan mengajarnya untuk lebih mendalami nasib dan kepayahan rakyat.

“Sebab saya pun berasal dari orang kampung daripada rumah setinggan. Jadi kepayahan itu kami tahu.

“Sebelum ni saya bergerak atas tiket NGO, saya mencuba lebih jauh lagi dan cuba untuk membantu rakyat dengan cara kita duduk dalam parti politik, kita boleh  membantu lebih mudah,” kata Ayahanda Cik Ton yang berharap pengundi Pandan Indah memberikannya peluang untuk menjadi suara mereka di kawasan itu. –  The Merdeka Times 

Authors

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *