Connect with us

Antarabangsa

Demi iPhone 14, ibu bapa sanggup jual anak

Mengejutkan apabila pasangan suami isteri di India tergamak menjual bayi mereka yang berumur lapan bulan untuk membeli iPhone 14 diidamkan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Demi iPhone 14, ibu bapa sanggup jual anak
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mengejutkan apabila pasangan suami isteri di India tergamak menjual bayi mereka yang berumur lapan bulan untuk membeli iPhone 14 diidamkan.
  • India Times melaporkan, pasangan dari Utara 24 Benggala Barat dipercayai mahu membeli telefon pintar berkenaan untuk merakam video dan gambar ketika mengembara ke seluruh rantau India bagi dimuat naik di ‘reels’ Instagram (IG).
  • Tindakan pasangan itu mendapat kecaman hingga pihak berkuasa membuka kertas siasatan terhadap pasangan terbabit dalam urus niaga dan wanita yang membeli bayi berkenaan.
  • Wanita bernama ‘Sathi’ ditahan polis manakala bapa bayi, Jaydev Ghosh, masih belum ditemui dan pihak sedang berusaha menjejaki lelaki berkenaan.
  • Lebih mengejutkan apabila ia bukan percubaan pertama Jaydev kerana pernah melakukan cubaan menjual anak perempuannya yang berumur tujuh tahun.

New Delhi: Mengejutkan apabila pasangan suami isteri di India tergamak menjual bayi mereka yang berumur lapan bulan untuk membeli iPhone 14 diidamkan.

India Times melaporkan, pasangan dari Utara 24 Benggala Barat dipercayai mahu membeli telefon pintar berkenaan untuk merakam video dan gambar ketika mengembara ke seluruh rantau India bagi dimuat naik di ‘reels’ Instagram (IG).

Tindakan pasangan itu mendapat kecaman hingga pihak berkuasa membuka kertas siasatan terhadap pasangan terbabit dalam urus niaga dan wanita yang membeli bayi berkenaan.

Wanita bernama ‘Sathi’ ditahan polis manakala bapa bayi, Jaydev Ghosh, masih belum ditemui dan pihak sedang berusaha menjejaki lelaki berkenaan.

Difahamkan, jiran terdekat menyedari tingkah laku pelik pasangan itu yang tidak kelihatan risau atau cemas selepas anak mereka hilang.

Lebih membuatkan mereka curiga apabila keluarga Ghosh tiba-tiba mendapat iPhone 14 yang mahal, iaitu berharga kira-kira 100,000 rupee (kira-kira RM5,529).

Ia mengejutkan kerana keluarga itu mempunyai masalah kewangan pada masa lalu.

Tambah mendukacitakan jiran terdekat apabila pasangan itu mengakui menukar bayi kesayangan mereka untuk mendapatkan wang bagi membeli iPhone 14.

Lebih mengejutkan apabila ia bukan percubaan pertama Jaydev kerana pernah melakukan cubaan menjual anak perempuannya yang berumur tujuh tahun.

“Selepas menjual bayi lelaki itu, Jaydev cuba menjual anak perempuannya pula pada tengah malam Sabtu.

“Kami memaklumkan kepada polis sebaik sahaja mengetahuinya dan polis sudah menahan Jaydev,” kata ahli majlis tempatan Tarak Guha.

Jaydev dan isterinya juga wanita yang membeli bayi mereka kini berdepan pertuduhan berat berkaitan kes pemerdagangan manusia.

Sementara polis masih menjalankan siasatan dan belum mendedahkan butiran lanjut mengenai kes itu.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *