Antarabangsa
Menyerupai salib, Taliban mahu haramkan pemakaian tali leher
Seorang pegawai kerajaan Taliban mengutuk pemakaian tali leher dan mahu aksesori tersebut dihapuskan dalam masyarakat kerana menyerupai simbol salib Kristian, lapor laman berita rt.
- Seorang pegawai kerajaan Taliban mengutuk pemakaian tali leher dan mahu aksesori tersebut dihapuskan dalam masyarakat kerana menyerupai simbol salib Kristian, lapor laman berita rt.
- Ketua Direktorat Bimbingan dan Undangan, Mohammad Hashim Shaheed Wror mengeluarkan kenyataan tersebut kelmarin (Selasa) dan disiarkan stesen televisyen Afghanistan, Tolo TV.
- Mohammad Hashim berkata, beliau menjadi marah apabila pergi ke hospital atau persekitaran profesional lain dan melihat doktor atau jurutera tempatan beragama Islam memakai tali leher.
- “Sejarah tali leher jelas dalam Islam. Apakah tali leher? Ia adalah salib. Salib kelihatan seperti itu. Syariah mengarahkan untuk menghapuskannya,” kata beliau.
KABUL, Afghanistan – Seorang pegawai kerajaan Taliban mengutuk pemakaian tali leher dan mahu aksesori tersebut dihapuskan dalam masyarakat kerana menyerupai simbol salib Kristian, lapor laman berita rt.
Ketua Direktorat Bimbingan dan Undangan, Mohammad Hashim Shaheed Wror mengeluarkan kenyataan tersebut kelmarin (Selasa) dan disiarkan stesen televisyen Afghanistan, Tolo TV.
Mohammad Hashim berkata, beliau menjadi marah apabila pergi ke hospital atau persekitaran profesional lain dan melihat doktor atau jurutera tempatan beragama Islam memakai tali leher.
“Sejarah tali leher jelas dalam Islam. Apakah tali leher? Ia adalah salib. Salib kelihatan seperti itu. Syariah mengarahkan untuk menghapuskannya,” kata beliau.
Direktorat Bimbingan dan Undangan bertanggungjawab memberi bimbingan berhubung tingkah laku yang wajar berdasarkan agama Islam kepada rakyat Afghanistan.
Kumpulan Taliban mempunyai sejarah lampau melaksanakan kawalan sosial yang ketat tetapi tidak melarang sebarang pakaian terhadap lelaki sejak mengambil alih kuasa pada Ogos 2021.
Wanita diwajibkan menutup aurat dengan memakai burka apabila keluar ke tempat awam.
Selasa lalu, kerajaan Taliban mengumumkan bahawa semua salun kecantikan perlu ditutup dibawah larangan yang dikuatkuasakan pada bulan ini.
Bekas Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani dikenali kerana memakai pakaian tradisional, shalwar kameez di Kabul tetapi kerap menyarung kot dan tali leher apabila ke luar negara.
Sumber: Kosmo