Terkini
Aksi biadab The 1975: Pendapatan dijana konsert tidak setara maruah negara dipijak
Pendapatan dijana menerusi konsert tidak akan setara dengan maruah Malaysia yang dipijak pihak luar yang bersikap kurang ajar.
- Pengamal perubatan, Dr Rusyainie Ramli berkata pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya pada pihak terbabit yang disifatkan tidak berhak berada di negara ini.
- “Pada sayalah, artis sebegini memang nak mencabar kita sebagai masyarakat bertamadun. Mungkin kat negara dia boleh lah, tapi dah masuk tempat orang, silakan belajar hormat tuan tanah.
- “Kalau lah dengan adakan konsert sebegini boleh timbulkan masalah, tak kira lah banyak mana pun duit dijana hasil darinya, ia takkan setara dengan maruah kita yang dipijak oleh pihak luar yang kurang ajar,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu lalu.
- “Saya masih tak boleh nak faham kenapa golongan yang pakat panggil woke ni suka sangat nak tonyoh benda seperti haluan seksualiti mereka kat muka kita.”
- Beliau berkata demikian ketika mengulas kontroversi aksi biadab kumpulan dari British, The 1975 yang membuat persembahan di Litar Sepang baru-baru ini, di mana vokalisnya, Matty Healy menunjukkan aksi melampau, termasuk memegang botol arak, meludah dan mencium pemain bass lelaki, Ross MacDonalds ketika konsert.
KUALA LUMPUR — Pendapatan dijana menerusi konsert tidak akan setara dengan maruah Malaysia yang dipijak pihak luar yang bersikap kurang ajar.
Pengamal perubatan, Dr Rusyainie Ramli berkata pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya pada pihak terbabit yang disifatkan tidak berhak berada di negara ini.
“Pada sayalah, artis sebegini memang nak mencabar kita sebagai masyarakat bertamadun. Mungkin kat negara dia boleh lah, tapi dah masuk tempat orang, silakan belajar hormat tuan tanah.
“Kalau lah dengan adakan konsert sebegini boleh timbulkan masalah, tak kira lah banyak mana pun duit dijana hasil darinya, ia takkan setara dengan maruah kita yang dipijak oleh pihak luar yang kurang ajar,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu lalu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kontroversi aksi biadab kumpulan dari British, The 1975 yang membuat persembahan di Litar Sepang baru-baru ini, di mana vokalisnya, Matty Healy menunjukkan aksi melampau, termasuk memegang botol arak, meludah dan memecahkan drone penganjur.
Vokalis berusia 34 tahun itu turut menghina undang-undang Malaysia berkaitan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebelum bertindak mencium pemain bass lelaki, Ross MacDonalds ketika membawakan lagu I Like America and America Likes Me.
Mengulas lanjut, Dr Rusyainie berkata beliau tidak faham mengapa kelompok terbabit begitu menginginkan ideologi songsang itu diterima masyarakat di sini.
Katanya, masyarakat di sini masih berpegang kepada budaya timur di mana pasangan suami isteri sekalipun tidak menunjukkan kemesraan di hadapan khalayak ramai kerana ia tidak dapat diterima umum.
“Saya masih tak boleh nak faham kenapa golongan yang pakat panggil woke ni suka sangat nak tonyoh benda seperti haluan seksualiti mereka kat muka kita.
“Dunia sebelah sini, yang masih pegang pada budaya timur, kalau lelaki dan perempuan dok tayang mesra sakan depan khalayak ramai, walaupun suami isteri pun, memang tak diterima.
“Apatah lagi yang sejenis. Perangai yang kita tak mahu pun tengok depan kita. Sendiri simpan sudah lah. Buat lah belakang pintu. Tak payah nak tunjuk kat kita. Tak ingin kita nak lihat pun,” katanya.
Dr Rusyainie berkata beliau sedia maklum setiap artis yang datang membuat konsert di negara ini perlu mematuhi peraturan ditetapkan dan tidak boleh dengan sengaja menimbulkan kontroversi.
Terdahulu, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan Malaysia terlepas peluang ekonomi yang boleh dihasilkan daripada penganjuran konsert kumpulan rock alternatif British, Coldplay.
Beliau berkata Singapura meraih keuntungan besar apabila kumpulan rock terbabit memutuskan untuk membuat persembahan selama enam hari di negara itu.
Situasi itu dilihat berbeza di Malaysia kerana menurut Syed Saddiq untuk mengadakan satu konsert di negara ini sahaja perlu berdepan pelbagai halangan.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming juga dilihat senada dengan Syed Saddiq ketika beliau mengulas poster bertajuk, “Missed opportunity for Coldplay concerts lottery”. — The Merdeka Times
Sumber: Facebook Rusyainie Ramli