Connect with us

Antarabangsa

Modi didakwa elak bincangkan isu keganasan Manipur di Parlimen

Pemimpin kongres, Shaktisinh Gohil dan Gaurav Gogoi dalam satu sidang akhbar berkata isu Manipur tidak sepatutnya dilayan seperti isu peraturan dan undang-undang biasa, lapor The Siasat Daily.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Modi didakwa elak bincangkan isu keganasan Manipur di Parlimen
Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi (kiri) dan Pemimpin kongres, Shaktisinh Gohil (kanan).
  • Pemimpin kongres, Shaktisinh Gohil dan Gaurav Gogoi dalam satu sidang akhbar berkata isu Manipur tidak sepatutnya dilayan seperti isu peraturan dan undang-undang biasa.
  • Menegaskan insiden di Manipur dibincangkan dalam Parlimen India, kedua-dua ahli kongres itu turut mendakwa Perdana Menteri, Narendra Modi takut membincangkan isu itu di Parlimen.
  • Kongres pada Isnin lalu menyifatkan kekejaman di Manipur merupakan satu isu “besar” dan “antarabangsa” membuktikan adanya keperluan mendesak membincangkannya di Parlimen.
  • “Perdana Menteri Modi boleh berpelukan dengan Presiden Perancis, (Emmanuel) Macron tetapi menolak untuk memeluk mangsa-mangsa kekejaman di Manipur,” kata Gaurav.
  • Shaktisinh pula berkata, “kami mahu membangkitkan isu apa yang berlaku di Manipur, menunjukkan kesilapan dan kegagalan kerajaan dan memberikan cadangan tentang apa yang boleh dilakukan di Manipur untuk memperbaiki keadaan”.

Pemimpin kongres, Shaktisinh Gohil dan Gaurav Gogoi dalam satu sidang akhbar berkata isu Manipur tidak sepatutnya dilayan seperti isu peraturan dan undang-undang biasa, lapor The Siasat Daily.

Menegaskan insiden di Manipur dibincangkan dalam Parlimen India, kedua-dua ahli kongres itu turut mendakwa Perdana Menteri, Narendra Modi takut membincangkan isu itu di Parlimen.

Kongres pada Isnin lalu menyifatkan kekejaman di Manipur merupakan satu isu “besar” dan “antarabangsa” membuktikan adanya keperluan mendesak membincangkannya di Parlimen.

Modi selaku Perdana Menteri, individu yang berkuasa menukar ketua menteri yang dipilih atas mandat pilihan raya dikritik kerana tetap mengekalkan ketua menteri yang mengakui kebenaran laporan ratusan insiden serangan seksual yang berlaku di negeri itu.

“Kami mahu perbahasan substantif dan menyeluruh mengenai Manipur dibincangkan di Parlimen. Perdana Menteri (seakan-akan) lari daripada penelitian ahli parti pembangkang dan takut berdebat mengenai Manipur di Parlimen,” kata Gaurav.

Dia turut mempersoalkan tindakan Modi yang bercakap di Kongres Amerika Syarikat tetapi belum bertindak sedemikian di Parlimen India.

“Perdana Menteri Modi boleh berpelukan dengan Presiden Perancis, (Emmanuel) Macron tetapi menolak untuk memeluk mangsa-mangsa kekejaman di Manipur,” kata Gaurav.

Shaktisinh pula berkata, “kami mahu membangkitkan isu apa yang berlaku di Manipur, menunjukkan kesilapan dan kegagalan kerajaan dan memberikan cadangan tentang apa yang boleh dilakukan di Manipur untuk memperbaiki keadaan”.

Sumber: The Siasat Daily

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *