Antarabangsa
Ahli Parlimen pondan didakwa eksploitasi seksual kanak-kanak
Ahli Parlimen pondan pertama yang dilantik di New Hampshire kini berdepan dengan dakwaan jenayah dalam tuduhan berkomplot dengan bekas teman wanitanya untuk mengumpulkan gambar-gambar lucah kanak-kanak.
- Ahli Parlimen pondan pertama dilantik di New Hampshire berdepan dakwaan jenayah dalam tuduhan berkomplot dengan bekas teman wanitanya untuk mengumpulkan gambar-gambar lucah kanak-kanak.
- Mantan ahli parlimen tersebut, Stacie Marie Laughton ditangkap setelah penyiasatan forensik mendapati terdapat lebih dari 10,000 pesanan teks dikongsi dengan bekas teman wanitanya Lindsay Groves, di mana pesanan-pesanan tersebut melibatkan gambar kanak-kanak berusia di antara tiga ke lima tahun yang jelas berunsurkan seksual.
- Penyiasatan forensik yang sama juga turut menemukan terdapat penerangan yang jelas mengenai kegiatan hubungan seksual di antara kedua tertuduh dan juga hubungan seksual tertuduh dengan kanak-kanak.
- Groves didapati mengambil gambar-gambar tersebut dalam tempoh di antara bulan Mei dan Jun 2022 sewaktu beliau sedang bekerja di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Tyngsborough, Massachusetts.
- Beliau kemudiannya ditangkap dan didakwa atas tuduhan menyebarkan bahan pornografi kanak-kanak dan juga eksploitasi seksual kanak-kanak yang membawa hukuman 30 tahun penjara.
AMERIKA SYARIKAT – Ahli Parlimen pondan pertama yang dilantik di New Hampshire kini berdepan dengan dakwaan jenayah dalam tuduhan berkomplot dengan bekas teman wanitanya untuk mengumpulkan gambar-gambar lucah kanak-kanak.
Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh pendakwa raya di peringkat persekutuan menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa lalu.
Mantan ahli parlimen tersebut, Stacie Marie Laughton telah ditangkap setelah sebuah penyiasatan forensik mendapati bahawa terdapat lebih dari 10,000 pesanan teks yang dikongsi dengan bekas teman wanitanya Lindsay Groves, di mana pesanan-pesanan tersebut turut melibatkan gambar kanak-kanak berusia di antara tiga ke lima tahun yang jelas berunsurkan seksual.
Penyiasatan forensik yang sama juga turut menemukan bahawa terdapat penerangan yang jelas mengenai kegiatan hubungan seksual di antara kedua tertuduh dan juga hubungan seksual tertuduh dengan kanak-kanak.
Groves telah didapati mengambil gambar-gambar tersebut dalam tempoh di antara bulan Mei dan Jun 2022 sewaktu beliau sedang bekerja di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Tyngsborough, Massachusetts.
Beliau kemudiannya telah ditangkap dan didakwa atas tuduhan menyebarkan bahan pornografi kanak-kanak dan juga eksploitasi seksual kanak-kanak yang membawa hukuman 30 tahun penjara.
Stacie Marie Laughton merupakan seorang ahli Parti Demokratik dan pondan pertama yang dilantik menjadi penggubal undang-undang pada tahun 2012. Namun, beliau telah meletakkan jawatan setelah media mendedahkan kegiatan jenayah pemalsuan identiti dan memalsukan bukti yang dilakukan oleh beliau.
Beliau sekali lagi bertanding pada tahun 2020 dan dilantik semula pada tahun 2022 namun sekali lagi meletakkan jawatan setelah didakwa dengan tuduhan mengintai bekas teman wanitanya.
Sumber: Samudera