Antarabangsa
Iran haramkan festival filem pasang poster pelakon tanpa hijab
Pihak berkuasa Iran pada Sabtu lalu mengharamkan festival filem yang meletakkan poster publisiti memaparkan seorang aktres tidak memakai hijab.
- Pihak berkuasa Iran pada Sabtu lalu mengharamkan festival filem yang meletakkan poster publisiti memaparkan seorang aktres tidak memakai hijab.
- Menteri kebudayaan secara peribadi mengeluarkan perintah untuk mengharamkan Festival Filem Persatuan Filem Pendek Iran (ISFA) edisi ke-13 selepas ia menggunakan gambar seorang wanita tanpa hijab pada posternya yang melanggar undang-undang.
- Larangan itu dibuat berikutan ISFA mengeluarkan poster untuk Festival Filem Pendek akan datang yang menampilkan pelakon wanita, Susan Taslimi dalam filem 1982 “The Death of Yazdguerd“.
- Pemakaian hijab adalah wajib bagi semua wanita Iran sejurus selepas revolusi Islam 1979.
Pihak berkuasa Iran pada Sabtu lalu mengharamkan festival filem yang meletakkan poster publisiti memaparkan seorang aktres tidak memakai hijab.
Menurut laporan agensi berita negara IRNA dipetik WION, “Menteri kebudayaan secara peribadi mengeluarkan perintah untuk mengharamkan Festival Filem Persatuan Filem Pendek Iran (ISFA) edisi ke-13 selepas ia menggunakan gambar seorang wanita tanpa hijab pada posternya yang melanggar undang-undang”.
Larangan itu dibuat berikutan ISFA mengeluarkan poster untuk Festival Filem Pendek akan datang yang menampilkan pelakon wanita, Susan Taslimi dalam filem 1982 “The Death of Yazdguerd“.
Festival itu dilaporkan akan diadakan pada September depan.
Pemakaian hijab adalah wajib bagi semua wanita Iran sejurus selepas revolusi Islam 1979.
Bagaimanapun, sejak September tahun lalu, beberapa kelompok wanita melanggar kod berpakaian berikutan protes yang tercetus ekoran kematian Mahsa Amini, 22, yang ditahan atas dakwaan melanggar kod berpakaian.
Terdahulu pada Julai, polis berkata rondaan jalanan dilancarkan semula untuk menangkap wanita yang mengabaikan undang-undang pemakaian hijab wajib di Iran.
Sumber: WION