Antarabangsa
Bekas sami scam atas talian lebih 10 juta baht
Seorang bekas sami ditahan polis atas dakwaan menipu melalui perniagaan atas talian menjual artifak keagamaan dengan kerugian melebihi 10 juta baht (RM1.32 juta).
- Seorang bekas sami ditahan polis atas dakwaan menipu melalui perniagaan atas talian menjual artifak keagamaan dengan kerugian melebihi 10 juta baht (RM1.32 juta).
- Hasil penipuannya itu digunakan bagi keperluan harian, berjudi atas talian dan pembayaran sewa lokasi persembunyiannya.
- Warakorn Kongu-tit, 46, merupakan penduduk wilayah Kamphaeng Phet yang ditahan dalam operasi beberapa pegawai kanan polis bersama pasukan PCT 5.
- Ketika disoal siasat, Warakorn mengakui pernah berkhidmat sewaktu muda sebagai sami selama 11 tahun selain memperolehi ijazah sarjana mudanya dari kolej monastik.
Seorang bekas sami ditahan polis atas dakwaan menipu melalui perniagaan atas talian menjual artifak keagamaan dengan kerugian melebihi 10 juta baht (RM1.32 juta).
Hasil penipuannya itu digunakan bagi keperluan harian, berjudi atas talian dan pembayaran sewa lokasi persembunyiannya.
Warakorn Kongu-tit, 46, merupakan penduduk wilayah Kamphaeng Phet yang ditahan dalam operasi beberapa pegawai kanan polis bersama pasukan PCT 5.
Waran penahanannya dikeluarkan Mahkamah Wilayah Roi Et bertarikh 5 Julai lalu atas tuduhan, “penipuan dengan memberikan maklumat palsu kepada orang ramai secara tidak jujur serta menipu dengan memasukkan data komputer palsu yang boleh menyebabkan kerugian ke atas orang ramai”.
Manipulasi Warakorn bermula dengan membuat hantaran menggunakan beberapa akaun platform Facebook kendaliannya mengiklankan artifak keagamaan untuk dijual.
Hantarannya itu berjaya menarik perhatian pelanggan yang kebanyakannya terdiri daripada sami dan pengikut Buddha dari serata Thailand dan setelah mereka selesai membuat hantaran wang, dia menghentikan perhubungan mereka.
Ketika disoal siasat, Warakorn mengakui pernah berkhidmat sewaktu muda sebagai sami selama 11 tahun selain memperolehi ijazah sarjana mudanya dari kolej monastik.
Penahanan bekas sami itu berlaku di sebuah pasar malam yang sibuk di kawasan Phang Khon, timur laut wilayah Sakon Nakhon, Thailand.
Sumber: Thaiger