Terkini
UPSI digesa main peranan tawar kursus TVET tahap tinggi – Khaled Nordin
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) digesa memainkan peranan penting dalam menawarkan kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tahap tinggi bagi melahirkan lebih ramai pendidik dalam bidang itu.
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) digesa memainkan peranan penting dalam menawarkan kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tahap tinggi bagi melahirkan lebih ramai pendidik dalam bidang itu.
- Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sebagai institusi pengajian tinggi (IPT) yang menyediakan kursus pendidikan, UPSI dilihat mampu melaksanakan tugas tersebut.
- “Kita mahu UPSI bukan saja menyediakan pendidik untuk keperluan di peringkat sekolah, tetapi juga berperanan melahirkan guru dalam bidang TVET, akhirnya nanti bekalan guru TVET itu datangnya dari UPSI,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja ke UPSI di sini hari ini.
- Menurutnya UPSI juga berkeupayaan menyediakan kurikulum serta subjek yang menggunakan pengalaman digital.
- Sebagai contoh, katanya UPSI adalah antara IPTA yang menyediakan kursus “gaming” iaitu Sarjana Muda Reka Bentuk (Permainan Digital) Dengan Kepujian, selain Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan.
Tanjung Malim – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) digesa memainkan peranan penting dalam menawarkan kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tahap tinggi bagi melahirkan lebih ramai pendidik dalam bidang itu.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sebagai institusi pengajian tinggi (IPT) yang menyediakan kursus pendidikan, UPSI dilihat mampu melaksanakan tugas tersebut.
“Kita mahu UPSI bukan saja menyediakan pendidik untuk keperluan di peringkat sekolah, tetapi juga berperanan melahirkan guru dalam bidang TVET, akhirnya nanti bekalan guru TVET itu datangnya dari UPSI,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja ke UPSI di sini hari ini.
Beliau berkata antara bidang TVET tahap tinggi yang boleh diteroka ialah kecerdasan buatan (AI).
Menurutnya UPSI juga berkeupayaan menyediakan kurikulum serta subjek yang menggunakan pengalaman digital.
Sebagai contoh, katanya UPSI adalah antara IPTA yang menyediakan kursus “gaming” iaitu Sarjana Muda Reka Bentuk (Permainan Digital) Dengan Kepujian, selain Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan.
“Seperti yang kita tahu graduan dalam bidang ini mempunyai kebolehpasaran amat tinggi. Saya diberitahu graduan yang baru bekerja boleh menerima gaji RM3,000 hingga RM7,000 selepas dua tahun berpengalaman,” katanya.
Pada lawatan itu, Mohamed Khaled turut menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian persefahaman (MoU) antara UPSI dengan empat syarikat iaitu H3C Sdn Bhd, Microsoft (M) Sdn Bhd, Todak Sdn Bhd, dan Asia Digital Engineering (ADE).
MoU berkenaan melibatkan kerjasama penyelidikan berkaitan teknologi, rujukan industri dan akademia dalam bidang “metaverse”, AI dan robotik serta pensijilan dalam Kejuruteraan Rangkaian H3C serta penubuhan Akademik H3C pertama di Malaysia.
Ia juga sebagai mengiktiraf UPSI sebagai institut pendidikan dalam Pembelajaran Microsoft untuk para pendidik di Malaysia. – BERNAMA
Sumber: Bernama