Connect with us

Antarabangsa

Turkiye sedia bincang dengan Syria tanpa syarat pengunduran

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan terbuka untuk berbincang dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad  tetapi tidak akan bertemu dengannya jika pengunduran tentera Turkiye dari wilayah Syria dijadikan syarat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Turkiye sedia bincang dengan Syria tanpa syarat pengunduran
Foto: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
  • Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan terbuka untuk berbincang dengan Presiden Syria Bashar al-Assad tetapi tidak akan bertemu dengannya jika pengunduran tentera Turkiye dari wilayah Syria dijadikan syarat.
  • Erdogan dalam masa yang sama turut berkata Turkiye tidak pernah “menutup pintu” untuk melakukan perbincangan dengan kerajaan Syria.
  • Erdogan berkata, “kita boleh mengadakan persidangan empat penjuru (dengan Syria, Rusia dan Iran), dan saya juga terbuka untuk bertemu Assad. Apa yang penting di sini adalah pendekatan mereka terhadap kami”.
  • Presiden Turkiye itu pada awal tahun ini ada menyebut bahawa dia mungkin bertemu Assad sebagai sebahagian daripada proses damai baharu.
  • Tetapi pada Mac lalu, Assad berkata bahawa tiada gunanya melakukan pertemuan dengan Erdogan selagi “pendudukan haram” Turkiye tidak dihentikan.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan terbuka untuk berbincang dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad  tetapi tidak akan bertemu dengannya jika pengunduran tentera Turkiye dari wilayah Syria dijadikan syarat.

Presiden Turkiye itu bercakap kepada pemberita di Istanbul Isnin lalu sebelum bertolak untuk lawatan tiga hari ke Arab Saudi, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu.

Erdogan dalam masa yang sama turut berkata Turkiye tidak pernah “menutup pintu” untuk melakukan perbincangan dengan kerajaan Syria.

Turkiye yang merupakan sekutu tentera dan politik terbesar pembangkang Syria, mengawal benteng terakhir yang dikuasai pemberontak negara itu, yang terletak di barat laut Syria di sempadan Turkiye.

Erdogan berkata, “kita boleh mengadakan persidangan empat penjuru (dengan Syria, Rusia dan Iran), dan saya juga terbuka untuk bertemu Assad. Apa yang penting di sini adalah pendekatan mereka terhadap kami”.

Presiden Turkiye itu pada awal tahun ini ada menyebut bahawa dia mungkin bertemu Assad sebagai sebahagian daripada proses damai baharu.

Tetapi pada Mac lalu, Assad berkata tiada gunanya melakukan pertemuan dengan Erdogan selagi  “pendudukan haram” Turkiye tidak dihentikan.

Keputusan Liga Arab membenarkan Syria kembali bersama mereka Mei lalu mencetuskan kemarahan ramai penduduk di kawasan yang dikuasai ahli pembangkang politik Syria.

Sumber: Al Jazeera 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *