Antarabangsa
Bapa juntai anak perempuan terbalik di luar tingkap rumah di China
Seorang budak perempuan di China dipegang secara terbalik oleh bapanya di luar tingkap rumah mereka sebagai hukuman kerana membuang air kecil di tempat yang salah, lapor portal berita South China Morning Post semalam.
- Seorang budak perempuan di China dipegang secara terbalik oleh bapanya di luar tingkap rumah mereka sebagai hukuman kerana membuang air kecil di tempat yang salah, lapor portal berita South China Morning Post semalam.
- Lelaki yang identitinya tidak dikenali dan berasal dari wilayah Liaoning, timur laut China itu dikecam orang ramai selepas video perbuatannya menjadi tular.
- Menurut jiran mereka, kejadian itu berlaku selama dua hingga tiga minit dan berakhir apabila anaknya berjanji tidak akan mengulangi kesalahannya.
- Kejadian itu tular di media sosial dan orang ramai meluahkan rasa simpati mereka terhadap budak perempuan itu.
- “Dia yang sepatutnya dihukum,” komen netizen lain.
BEIJING – Seorang budak perempuan di China dipegang secara terbalik oleh bapanya di luar tingkap rumah mereka sebagai hukuman kerana membuang air kecil di tempat yang salah, lapor portal berita South China Morning Post semalam.
Lelaki yang identitinya tidak dikenali dan berasal dari wilayah Liaoning, timur laut China itu dikecam orang ramai selepas video perbuatannya menjadi tular.
Berdasarkan rakaman, lelaki itu memegang buku lali anak perempuannya dalam keadaan tergantung di luar tingkap flat mereka.
Budak perempuan itu dipercayai berusia dalam lingkungan dua hingga tiga tahun. Mangsa menangis meminta tolong dan menjerit perkataan ‘ayah, ayah’.
Tanpa menghiraukan jeritannya, lelaki itu terus menggantungnya di udara dan memberi amaran kepadanya supaya tidak mengeluarkan bunyi.
“Mengapa kamu tidak membuang air kecil di dalam bilik air? Kamu lebih suka membuang air kecil dalam bilik kan?” katanya.
Menurut jiran mereka, kejadian itu berlaku selama dua hingga tiga minit dan berakhir apabila anaknya berjanji tidak akan mengulangi kesalahannya.
Kejadian itu tular di media sosial dan orang ramai meluahkan rasa simpati mereka terhadap budak perempuan itu.
“Dia tidak layak menjadi bapa,” kata seorang netizen.
“Dia yang sepatutnya dihukum,” komen netizen lain. – Agensi
Sumber: Kosmo